CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4024|Reply: 18

Budak 10 Tahun Lahirkan Bayi Lelaki Lepas Dirogol Abang Durjana

[Copy link]
Post time 7-11-2018 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang didakwa dirogol abang kandungnya dilaporkan telah melahirkan bayi lelaki.







Memetik METRO, kanak-kanak terbabit menjalani pembedahan Caesar di sebuah hospital di bandar Puerto Leguizamo, Colombia di mana dia dan anaknya dalam pemantauan doktor dan dilaporkan dalam keadaan stabil.


Pengarah hospital, Camilo Diaz berkata, pihaknya menerima maklumat daripada polis bahawa kanak-kanak berkenaan hamil selepas diperkosa abangnya.








Menurut media tempatan, keluarga mangsa enggan melaporkan jenayah yang dilakukan anak lelaki mereka kepada pihak berkuasa, namun polis kini melancarkan siasatan terhadap dakwaan penderaan seksual terhadap kanak-kanak terbabit.


Sementara itu, media sebelum ini melaporkan, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Minnesota ditahan selepas dipercayai membunuh bayi lelaki berusia enam bulan.


Kanak-kanak terbabit dituduh membunuh dengan sengaja selepas dia didakwa memijak kepala mangsa di sebuah pusat jagaan kanak-kanak.


Mangsa dibawa ke hospital di St Paul Minnesota sebelum disahkan meninggal dunia.




Foto: METRO




Ketika disoal siasat, kanak-kanak itu mengakui dia sengaja mencederakan bayi berkenaan dengan menghempasnya ke lantai.


Menurut Sherif Chippewa Jim Kowalczyk, kanak-kanak terbabit panik selepas bayi itu meraung kesakitan, lalu menginjak-injak kepala mangsa.


Difahamkan, ketika kejadian kanak-kanak terbabit tinggal bersama keluarganya yang mengendalikan pusat jagaan kanak-kanak di bandar Wheaton berkenaan.


Isnin lalu, mahkamah menetapkan bon tunai sebanyak ASD 50,000 (RM204,450) dikenakan terhadap kanak-kanak terbabit. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2018 11:00 AM | Show all posts
kesiannya kau nak sbb dapat abang durjana
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Filipin bab seks ni memang teruk.. open gilaaaa... kalah western..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 11:52 AM | Show all posts
OK... Berita kedua tu....
Ngerinya
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 12:04 PM | Show all posts
umbut replied at 7-11-2018 11:49 AM
Filipin bab seks ni memang teruk.. open gilaaaa... kalah western..

Berita kat atas tulis Columbia, mana datangnya Filipina???


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
NekNgah replied at 7-11-2018 12:04 PM
Berita kat atas tulis Columbia, mana datangnya Filipina???

Haha.. sorryler nek.. salah baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2018 12:24 PM | Show all posts
eeeii jahat abg dia,,,,,,,,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Seksanya dik hidup..kecik2 dah kena tahan sakit mengandung. Kena tahan sakit czer pulak {:cryrun{:cryrun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2018 01:07 PM | Show all posts
sialnya mak bapak dia..
sekarang rogol adik, esok-esok rogol sapa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 01:37 PM | Show all posts
allahu..10 tahun dah melahirkan anak..durjana punya abang..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
10 tahun? Dah period ke baru umur 10 tahun. Patunya still main pondok-pondok umur macam tu, bukan kena rape, pregnant, beranak
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
10 tahun dah boleh conceived? Subur betul. Kesiannya jadi ibu dlm usia yg masih hijau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 02:11 PM | Show all posts
ada je kes ni kat malaysia..sebijik jalan citer dia cuma skang budak pompuan tu umo 13 thun n abang dia da 17 tahun n mak pak dorang indenial xnak salahkan si abang ni walaupun DNA abang ade kat baby mangsa rogol tu..last2 dorang pakat pindah ke Penang n baby bagi member aku kat johor soh jagakan pas mangsa beranak..macam sial
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 03:32 PM | Show all posts
bahru umor 10 tahun....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 7-11-2018 02:11 PM
ada je kes ni kat malaysia..sebijik jalan citer dia cuma skang budak pompuan tu umo 13 thun n abang  ...

Kt Kedah dlu pun ada kes budak 12 tahun beranak...kena rogol dgn abg ipar

Kesian kecik2 dah rasa sakit bsalin
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah mcm mana laa umur 10 tahun bersalin, menahan sakit.. Durjana betul abgnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2018 04:00 PM | Show all posts
10 tahun dah jadi ibu? wow
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 04:19 PM | Show all posts
she replied at 7-11-2018 03:43 PM
Kt Kedah dlu pun ada kes budak 12 tahun beranak...kena rogol dgn abg ipar

Kesian kecik2 dah ras ...

yang kes aku ni tahun lepas jadi..budak tu lahir bulan 6 n aku bersalin bulan 7..tah la xleh bayangkan camne budak tu menahan sakit nk bersalin..sedangkan aku yang 25++ time nk bersalin siap mnta gas tahan sakit sbab aku xleh tahan azab nk bersalin tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2018 04:25 PM | Show all posts
kesian budak tu. she herself is still practically a baby and yet has to be a mother.

yang sorang lagi tu, hmm... dah ada psychotic streak kot sebab boleh buat baby macam tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.053095 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list