"Hanya Allah, saya, dia (suami) dan wanita itu yang tahu kebenarannya."
Pelakon Mia Ahmad nekad akan melakukan apa saja demi menyelamatkan rumah tangganya bersama penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan yang kini sedang dilanda ombak.
Kredit foto: IG Izham
Menerusi luahan hatinya di Insta Story itu, Mia juga berkata, dia tidak kisah dengan mulut orang kerana dia tahu bahawa dia yang membenarkan orang lain bercakap tentang dirinya walaupun sedar akan akibatnya.
"Orang tidak tahu apa yang saya lalui dan rasa apa yang saya rasa," katanya.
Mia sebelum ini pernah memberi bayangan bahawa bahtera perkahwinan yang mereka layari seolah-olah dibadai ombak selain memadam semua gambar suaminya di Instagram.
Kredit foto: IG Mia Ahmad
Sementara itu, mStar Online melaporkan Izham menafikan dirinya berlaku curang.
Menurutnya, dia tidak tahu motif sepasang kekasih membuat tuduhan jahat mendakwa dia berlaku curang sedangkan mereka tidak mengenali antara satu sama lain.
Semoga semuanya baik-baik saja dan Mia dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan elok. - CARI |