Permainan slime begitu sinonim dengan kanak-kanak zaman sekarang. Permainan berbentuk lendir yang berwarna-warni itu begitu menarik perhatian kanak-kanak dan mampu membuatkan mereka begitu leka bermain. Slime diperbuat daripada campuran air, gam dan borax. Ia bukan sahaja banyak dijual dalam pasaran negara tetapi boleh dibuat sendiri dengan melihat tutorial di laman youtube.
Bagaimanapun, slime ini dikatakan berbahaya kerana ia disahkan mengandungi toksik Sodium Tetraborate yang juga dikenali sebagai borax. Ia boleh membuatkan sesiapa yang bermain permainan ini mengalami keracunan sekiranya tertelan atau tidak mencuci tangan selepas bermain slime. Lebih parah, ia juga boleh menyebabkan kematian!
Tetapi, status yang dikongsi oleh seorang pengguna facebook ini menarik perhatian ramai netizen berkenaan permainan slime ini. Ini kerana, tular seketika apabila ada individu yang mendakwa telah menjumpai janin di atas jalan berdekatan sebuah pasar. Rupanya-rupanya ia adalah permainan slime yang dibuat menyerupai sebentuk janin. Ramai netizen yang telah tertipu dengan cerita tersebut.
Sekali pandang nampak macam janin betul
Permainan slime yang mempunyai bentuk janin
Tak pasal-pasal polis datang di tempat kejadian.
Siapa yang buat permainan bodoh ni?
Apa lagi, memang ramailah netizen yang mengecam orang yang mencipta permainan sebegitu kerana ia boleh mengundang salah faham dan kekecohan. Sepatutnya ia tidak boleh memasuki pasaran negara ini kerana ramai yang tahu permainan yang pelik sebegitu begitu banyak dijual di negara China.
Mati-mati ingat janin betul!
Termasuklah seorang netizen ini, mati-mati dia ingatkan itu betul-betul janin manusia dan berasa sangat kesian. Dia turut mengecam pelaku yang membuang janin tersebut.
Netizen tergelak sebab lucu
Malah, ramai netizen yang tergelak dengan cerita janin yang dibuat daripada slime ini. Tetapi, mereka bukannya berasa lucu dan terhibur dengan bentuk slime berbentuk janin itu tetapi kerana sudah tertipu dengan cerita yang tidak benar. Nampaknya beberapa orang netizen mengecam sesiapa yang terhibur dengan kejadian tersebut.
Andaian wanita mengandung tu tak pakai spender
Lucunya, ada komen yang cukup kelakar daripada netizen selepas melihat gambar janin yang keguguran itu. Ada yang berpendapat wanita yang mengandung itu tidak memakai seluar dalam atau seluar dalamnya berlubang. Sebab itulah janin tersebut jatuh di atas jalan. Lebih mengaibkan, ada juga netizen wanita yang mengaku tidak memakai seluar dalam ketika hamil. Entah apa-apalah kan?
Berhatilah-hatilah memilih jenis permainan yang ingin dibelikan kepada anak-anak. Bukan semua permainan yang tular itu sesuai dijadikan mainan untuk anak-anak tetapi fikirkan kesannya pada kesihatan dan untuk perkembangan otak anak-anak. Setuju tak? - CARI |