Sedikit masa dahulu heboh di media sosial apabila sebuah pertandingan yang berasaskan kekacakan lelaki memuat naik calon-calon peserta akhirnya. Pertandingan yang berlangsung di Sabah itu dinamakan Mr.Cute Sabah 2018. Kini pertandingan itu sudah menobatkan pemenangnya.
Kredit foto: Facebook
Pertandingan itu menjadi kontroversi dan bualan ramai berikutan komen-komen panas dari netizen yang mengutuk rupa paras finalis Mr.Cute tersebut. Lebih parah, kutukan tersebut bukan sahaja lawak jenaka mempersendakan para finalis, malahan ada yang sangat berbaur negatif dan boleh melemahkan semangat peserta-pesertanya.
Kredit foto: Facebook
Sebagai contohnya ada peserta yang dikatakan 'tiada cermin', 'punya iras muka penjahat' dan 'muka jawa hidung kemek'. Wah!panasnya komen masing-masing!
Kredit foto: Facebook
Bagaimanapun, kecaman-kecaman tersebut nampaknya tidak sedikit pun melemahkan penganjur dan pesertanya. Buktinya, pertandingan Mr. Cute Sabah 2018 telah berlangsung secara gilang-gemilang di The Klagan Regency Ballroom 1, Kota Kinabalu dan dihadiri oleh ramai penyokong masing-masing.
Kredit foto: Facebook
Kemuncaknya, finalis Matt Jeffry dari Papar telah dinobatkan sebagai Johan, Rahman Taif (Kedua), Roger Lue (Ketiga), Fabie Hanz Jericho (Keempat) dan Ramwel Jicksoy (Kelima). Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh tetamu kehormat YBhg. Datuk Seri Arsit Hj Sedi dan YB Datuk Jahid Jahim.
Kredit foto: Facebook
Berikutan kontroversi ketika pengumuman finalisnya, adakah perkara yang sama bakal berulang dengan keputusan ini? Atau adakah netizen berpuas hati dengan barisan pemenangnya? -CARI |