CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3657|Reply: 18

Zamani Berjaya Tebus Kesilapan Lupa Lirik, Terpaksa Berpuas Hati Di Tempat Ketig

[Copy link]
Post time 19-11-2018 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Konsert Akhir Gegar Vaganza ke - 5 telah pun melabuh tirainya dengan menyaksikan kesemua peserta akhir berentap dengan penuh keterujaan dan semangat.




Kredit foto: Astro Gempak





Zamani telah menebus keresahan dan mungkin juga tanggapan yang penuh kontrovesi mengenai persembahannya di minggu-minggu yang lalu sebelum ini. Persembahan dan  kemampuannya yang lebih dari biasa telah mengundang rasa puas di kalangan peminat-peminatnya.


Zamani telah meninggalkan hadiah yang cukup istimewa dengan menjayakan persembahan battle bersama Billy Zulkarnain menerusi lagu Bunga, nyanyian asal dari Altimet.


Malah pergerakan, ketepatan nyanyian dengan tempo yang betul dan kejujuran dalam nyanyian menjadikan Zamani seorang penyanyi yang mempunyai kelasnya tersendiri.


Biarpun Zamani tidak menang sebagai juara dan hanya sekadar tempat ketiga, persembahannya tentu akan diingati dan istimewa bagi peminat-peminatnya.


Foto Astro Gempak


Tahniah buat  juara GV5, Noryn Aziz dan tempat kedua Dia Fadila. Persembahan yang mereka nyanyikan secara battle begitu hebat dengan membawakan lagu Where Is The Love, dendangan asal oleh Black Eyed Peas. Nyanyian rap yang dibawa sangat-sangat memukau penonton.


Ternyata dengan lontaran yang jelas, bertenaga dan bagus menyebabkan kedua-dua mereka memang selayaknya berada di kedudukan tersebut. Memetik Astro Gempak, berikut merupakan markah kesemua peserta bagi konsert akhir GV5.


1.Noryn Aziz, 78.4%

2.Dia Fadila, 69.4%

3.Zamani, 68.3%

4.Amelina, 66.1%

5.Maya Ruslee, 65.8%

6.Billy Zulkarnain, 64.9%



Tahniah kepada semua diucapkan sekali lagi. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2018 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah semua pemenang
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Takda maknanya terpaksa berpuas hati..zamani hokayy n syukur jah dpt no3
Pasni boleh fokus rawatan pulakk kay
Tahniah smua pemenang gv
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 10:58 AM | Show all posts
tahniah,,,sya tak minat noryn
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 11:00 AM | Show all posts
iols pun minat gak zamani. tapi utk pertandingan ni, iols rasa dia patut dapat no 4/5. sbb peserta lain buat lg better dari dia. anyway, tu tetap rezeki dia. tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak deserve at all pls lah should be bottom 4 or 5, yg lain lebih deserved
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2018 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh Noryn yg juara tp nama zamani yg dihighlite.. {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 11:59 AM | Show all posts
for me.. berdasarkan persembahan malam tadi saja, patut amalina no last. maya dengan billy zulkarnain should get better place. tapi ye lah.. markah2 teknikal ni.. beyond my knowledge laa kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2018 12:11 PM | Show all posts
tebus ke? semalam rap pun tersasul macam lupa juga..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah semua{:love
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah semua
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 01:35 PM | Show all posts
tahniah kepada semua pemenang, bak kata Vince Af (Semua Pemenang tiada yang kalah). Betul ker statement i ni . Entah betul atau tidak
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Of kos ler ramai mengecam sebab nak Zamani juara.. termasuklah iols..
Kita ni taraf2 telinga pprt hanya tau dgr je sedap tak sedap tp ni ptandingan vokal hokey bukan ptandingan populariti mcm af tuhh... ofkoslah teknikalnya melebihi dr apa yg kita tau... iols yg x de background vokal ni rasa segan lak nak komen lelebih.. iols redha je Zamani dpt no 3. Bersyukur pe sebab at least dia ke Final kalau tak nyaris tersungkur di semifinal hari tu. Dpt tengok beliau perform live tiap2 minnggu pun dah syukur alhamdulillah... apa2 pun... rezeki masing2.. siapa tau lps ni beliau dpt byk job lagi... mungkin ada yg nak tolong sponsor beliau dpt rawatan ke siapa tau kan? Iols cuma harap Zamani sihat walafiat, x makan dadah lagi dan kalau ada jodoh kawin dgn gf dia... Nmpak setia benar dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 02:23 PM | Show all posts
sana sini zamani mcm zamani sorang masuk gegar vaghanzah ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2018 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
bawangkecik replied at 19-11-2018 02:23 PM
sana sini zamani mcm zamani sorang masuk gegar vaghanzah ni

Itu je yg org nk bace yg lain tu xmenarik melainkan kalo noryn mula cite psl kes nusyuz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2018 02:32 PM | Show all posts
kirana_22 replied at 19-11-2018 06:07 AM
Of kos ler ramai mengecam sebab nak Zamani juara.. termasuklah iols..
Kita ni taraf2 telinga pprt  ...

well said...

sampai ada fans yang harap zamani no 4/5 semata tak nak bagi zamani kena cerca dek haters
punyalah sayang
kita semua syukur sangat semua dah selesai
semoga abgadek murah rezeki lepas ni
bila dia masuk gv baru nampak the real zamani...

moga abgadek sihat hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lov u abg zamani minat
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2018 05:16 PM | Show all posts
bawangkecik replied at 19-11-2018 02:23 PM
sana sini zamani mcm zamani sorang masuk gegar vaghanzah ni

engko mesti fans dia fadilla hahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.158273 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list