View: 4822|Reply: 24
|
Ini Kecantikan Dan Keunikan Taman Bunga Terbesar Di Dunia, Terpegunnya Melihatny
[Copy link]
|
|
Jika anda ingin merasakan pengalaman luar biasa penuh dengan aroma dan warna warni, di sini lah tempatnya!
Dubai Miracle Garden, sebuah taman bunga yang terletak di padang pasir di tengah Dubailand, Dubai, United Arab Emirates. Taman ini dilancarkan pada Hari Valentine pada 2013 dan hanya dibuka pada tempoh tertentu mengikut suhu kondusif yang sesuai.
Untuk kali ini, Dubai Miracle Garden akan dibuka dari 1 November 2018 hingga 5 May 2019.
Melihat taman bunga ini mekar dengan 150 juta bunga yang diatur dalam lengkungan dan corak berwarna-warni serta pelbagai bentuk yang direka bentuk, ia benar-benar luar biasa dan amat menakjubkan.
Keadaan sekililingnya yang berpadang pasir memberi satu keunikan kepada taman ini kerana adanya taman bunga di tengah-tengah padang pasir.
Malah, setiap tahun Dubai Miracle Garden akan mencipta semula seperti membawa satu konsep baru dan pengalaman reka bentuk terkini yang sentiasa berubah-ubah. Dijamin, siapapun yang berkunjung ke sini pasti berasa kagum dengan landskapnya.
Persekitaran Dubai Miracle Garden
Dengan landskapnya yang begitu menarik bersama ribuan bunga di dalamnya, taman ini telah mencipta beberapa rekod dunia termasuk Guinness World Records 2013 untuk taman menegak terbesar di dunia, arca bunga terbesar di dunia pada 2016 yang membentuk Airbus A380 dan anugerah arca taman tertinggi pada 2018 bagi bunga dari watak Disney, Mickey Mouse yang pertama di Timur Tengah. Ia dibuat dari hampir 100,000 tumbuh-tumbuhan dan bunga, dan beratnya hampir mencecah 35 tan.
Terdapat beberapa rekaan yang diletakkan sebagai tumpuan utama pengunjung ke sini iaitu:
Struktur Teddy Bear berukuran 12 meter yang terdiri daripada beribu-ribu tumbuh-tumbuhan dan bunga segar merupakan salah satu tarikan terbaru di taman. Teddy Bear memegang hati yang secara khusus mendedahkan bahawa ia menyebarkan mesej cinta dan keharmonian.
Sumber: www.dubaimiraclegarden.com
Sebagai sebahagian daripada perjanjian antara Dubai Miracle Garden dan The Walt Disney Company, Dubai Miracle Garden mereka bentuk struktur bunga Mickey Mouse pada ketinggian 18 meter. Arca ini mempunyai hampir 100,000 tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Beratnya hampir 35 tan dan disokong oleh struktur tujuh tan besi dengan asas 50 tan konkrit bertetulang.
Kredit foto: www.dubaimiraclegarden.com
Dubai Miracle Garden menyediakan perkhidmatan seni dan kemudahan termasuk tempat letak kereta terbuka, tempat letak kereta VIP, tempat duduk, surau, tandas, kemudahan wuduk, bilik keselamatan, bilik pertolongan cemas, kenderaan untuk pelawat cacat, runcit dan kiosk komersil serta semua yang berkaitan perkhidmatan bagi memudahkan pelawat.
Kredit foto: www.dubaimiraclegarden.com
Lost Paradise pula adalah lata bunga bawah tanah dengan kedalaman 20 kaki di mana anda boleh mencari berpuluh-puluh bunga Houses and Bungalows yang menawarkan suasana menakjubkan.
Taman Tasik ini begitu menyegarkan untuk ditonton, kerana ia penuh dengan bunga berwarna-warni dan air pancur yang menawarkan tahap relaksasi nyata untuk pengunjung ketika sedang duduk di sekitar tasik.
Hearts Passage memberikan kesan indah dan kekal dari laluan berjalan, di dalam bentuk hati di sepanjang laluan. Terdapat beribu bunga yang tidak terhitung banyaknya telah terukir di sekelilingnya dan aromanya mencetuskan pengalaman kekal untuk pelawat yang pernah ke sini.
Kredit foto: www.dubaimiraclegarden.com
Floral Clock diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bunga semula jadi dengan reka bentuk yang berubah mengikut musim.
Kredit foto: www.dubaimiraclegarden.com
Floral Castle dikelilingi jutaan bunga dengan kemudahan tempat duduk dan makan di dalam, Istana Floral ini memberi anda kesan seolah-olah anda berada dalam beberapa jenis fairyland.
Kredit foto: www.dubaimiraclegarden.com
Sekitar Dubai Miracle Garden yang lain.
Kredit foto: www.dubaimiraclegarden.com
Apa pendapat anda? Menarik bukan? - CARI
Sumber:
Wikipedia
www.dubaimiraclegarden.com/
https://comingsoon.ae/official-events/dubai-miracle-garden-2018-2019/ |
|
|
|
|
|
|
|
Subhanallah... cantik bunga dan kreatifnya manusia |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik iols tak suka bunga tapi suka la tengok kecantikan alam... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by makita at 19-11-2018 10:13 PM
Cantik tp bukan ke dlm jangka pjg da ganggu ekosistem kt laut? Air laut ditapis utk kegunaan bunga2 ni dan semestinya bergalon2 air yg diperlukan. |
|
|
|
|
|
|
|
makita: Edited by makita at 19-11-2018 10:13 PM Cantik tp bukan ke dlm jangka pjg da ganggu ekosistem kt laut? Air laut ditapis utk kegunaan bunga2 ni dan ...
air minum dan utk hidup dorang pun hidrolisis dari air laut yunk, tak habis kot banyak tu air laut
|
|
|
|
|
|
|
|
Allahu Akbar cantiknye bestnye kalo dapat pegi sini |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya. Cantik utk amik gambar |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknyaaa. Mesti wangi{:spot |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang takut tengok Dubai ni. Everything so excessive. Mall besar gila mcm town, skyscrapers and hotels yg sgt grand, artificial island/land utk org kaya2, huge indoor ski resort dekat tempat yg sgt sgt panas tu, now this massive garden in the middle of a dessert. Huhu.
The garden is beautiful though |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik yakmatttttttttt...fallin in loveeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya klo Ambik pic kawin |
|
|
|
|
|
|
|
hebat.. tapi takde jiwa la tempat2 kat dubai. Tapi kurang2 tak merepek macam 3D museums bersepah wujud kat Malaysia sekarang ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|