CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3958|Reply: 21

"Ramai Manusia Tak Berperikemanusiaan"- Netizen Persenda Cubaan Bunuh

[Copy link]
Post time 26-11-2018 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, laman sosial kecoh dengan berita seorang lelaki mencuba untuk terjun dari tingkat enam KLCC dalam percubaan membunuh diri.








Daripada cerita yang disampaikan, ada yang mengatakan mangsa bergaduh dengan teman wanitanya dan ada juga mengatakan bahawa dia sedang dibebani hutang ahlong, lalu mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya.


Atas kecekapan ahli bomba di tempat kejadian, mangsa berjaya diselamatkan selepas dua jam sebelum berlaku perkara tidak diingini.




Kredit foto: Bernama





Berita ini menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Pun begitu, agak menyedihkan kerana kebanyakan netizen mempersendakan situasi serius ini dan boleh berjenaka tentang KLCC yang kononnya bakal berhantu selepas ini.





Kredit foto: Twitter



Ramai juga yang menggalakkan lelaki tersebut agar terjun sahaja dan tiada pun sedikit rasa simpati terhadap perasaan mangsa.



Kredit foto: Twitter


Ada juga yang membuat lawak dengan mengatakan bahawa mangsa ingin mati dengan bergaya sebab itu mengambil keputusan untuk terjun di KLCC.





Kredit foto: Twitter






Walaupun begitu, masih ada juga netizen yang mengecam sikap tidak endah orang lain terhadap isu ini. Mereka mengkritik orang Melayu yang kurang rasa simpati selain menekankan masyarakat Malaysia yang sangat terkebelakang dalam menghadapi masalah mental seperti depresi dan stres.






Kredit foto: Twitter






Macam mana masalah mental hendak ditangani kalau ia terus menjadi gurauan oleh masyarakat Malaysia? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang komen pun ramai budak budak hingusan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 11:31 AM | Show all posts
Netizen pun mostly mental

ramai org mental nowadays
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama macam orang2 kat forum ni lah. Sebijik. Masing-masing bab mengutuk orang nombor 1.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya lah dikecam. Menyusahkan org ! Kalau betul nak mati apsal pilih klcc tmpt yg ramai org ? Takat tgkat 4 je... mengada lebih...

Iols x sokong dan kesian dgan org depress smpai nk suicide ni. Tapi iols no mercy dgan org yg menyusahkan org lain....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 12:07 PM | Show all posts
Makcik_bawang replied at 26-11-2018 11:39 AM
Sama macam orang2 kat forum ni lah. Sebijik. Masing-masing bab mengutuk orang nombor 1.

baca komen, lepas tu baca nama

i am in confusion
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2018 12:18 PM | Show all posts
nasib baik abam bomba cepat bertindak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 12:20 PM | Show all posts
nak bunuh nak jugak tempat have have

len kali nak bunuh diri diam diam sudah

tau tau ko mati

satu kerja pulek abam bomba nak bermadah pujanga nak memujuk ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 12:21 PM | Show all posts
dia berbelah bg nk terjun or x..
sbb aku bc yg ckp klau btol niat btol nk terjun tu mesti dh terjun awal dh tanpa tnggu pihak yg lain dtg kan hehe

ntah la cuma sedih la skang tipis iman ey trus p.k nk tamat riwayat

ni cina ke mlyu or india??
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 02:02 PM | Show all posts
melayu what do you expect.

kalau benda jadi kat dia bukan main merayu minta simpati paksa orang faham.

kalau jadi kat orang lain?

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 02:19 PM | Show all posts
kalau artis caucasian yg commit suicide siap Rest in peace lagi...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 02:51 PM | Show all posts
sebab hutang dgn along kan?..
bukan putus cinta kan?..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 03:01 PM | Show all posts
gdspls replied at 26-11-2018 02:51 PM
sebab hutang dgn along kan?..
bukan putus cinta kan?..

hutang along, gepren lari, bini merajuk...

aku memang kesian dengan orang yang depressed ni terutamanya sampai nak bunuh diri... tapi bila aku tau dia mencurang, malas nak kesian... hahaha... kifarah sebab tipu bini...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 03:02 PM | Show all posts
eyansss replied at 26-11-2018 03:01 PM
hutang along, gepren lari, bini merajuk...

aku memang kesian dengan orang yang depressed ni ter ...

pastu acah2 depress?..
patut yang depress bini dia dpt laki mcm ni..


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 03:04 PM | Show all posts
Edited by CrowneGlory at 26-11-2018 03:05 PM

ada bini cabut lari, pastu awek pun cabut lari...hutang keliling pinggang...moral attention seeker selayaknya mati jah
kalau ko betul2 nk mati takde dia terpekik terlolong kat tgh2 KLCC tu berjam2... panjat je mana2 flat terjun ...habis cerita


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 03:05 PM | Show all posts
gdspls replied at 26-11-2018 03:02 PM
pastu acah2 depress?..
patut yang depress bini dia dpt laki mcm ni..

kan... hahaha... ni nak tarik simpati n nak bini maafkan dia je ni aku rasa... sebab gepren dah lari... ala2, aku ni tertekan sanagt, tolong la simpati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2018 05:00 PM | Show all posts
bukan mslh kurang prihatin ke ape tp acah2 sgt sb tu kena hentam... habis tergendala kije org lain sb acah2 nk bunuh diri.

mmg kita perlu kesedaran utk bantu org yg alami kemurungan tp dlm kes ni dia menyusahkan org ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak ada abang bomba terjatuh ke bawah semasa nak selamatkan mamat tu.
And now mamat tu berdepan tuduhan jenayah pula. Attempted suicide is a crime.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 08:34 PM | Show all posts
kinokuniya? cik som pernah part time kerja kat situ masa study dulu. kalau cik som jaga kaunter depan pintu masuk tu mesti nampak org nak bunuh diri tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2018 08:41 PM | Show all posts
kalau betul2 nk bunuh diri tak payah duk kat situ 2 jam.. tak terjun gak.. maknanya dia ingin perhatian dr ex gf dia je tu.. huhuhu bongok tol berdrama kt tempat yg xsesuai..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.174668 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list