Fenomena KPOP, K-Drama dan Variety Show seperti Runningman telah membawa ramai rakyat Malaysia mengidamkan masakan Korea dan tertanya-tanya bagaimanakah rasanya masakan Korea kerana setiap makanan yang ditayangkan dari drama atau program tv korea kelihatan begitu menyiurkan. Selain restoran Seoul Garden dan Dubu-Dubu yang sudah sedia maklum oleh ramai orang mengenai makanan di restoran ini. Ini beberapa senarai restoran korea lain yang menjadi pilihan pengunjung.
1. Sweetree
Restoran yang pernah dikunjungi oleh Jalan-Jalan Cari Makan TV3 ini, adalah restoran makanan Korea yang menghidangkan pelbagai makanan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga kerana portion yang besar. Selain dari makanan yang disajikan dengan pelbagai jenis makanan korea dari BBQ hinggalah ke makanan sampingan, Sweetree juga mempunyai masakan lain seperti nasi goreng kampung Malaysia, pasta Itali dan juga mi daging Vietnam.
Sajian makanan korea di Sweetree. Sumber dari internet.
Malah restoran ini juga mempunyai hiasan dalaman ala Tropical yang cukup sesuai untuk anda bersantai di persekitaran yang selesa atau mengadakan majlis parti.
Hiasan dalaman di restoran Sweetree
Website : weetree.net| swtree.sweetree
2. KStreet Cafe/ Street Cafe
Kafe ini lebih mengkhususkan kepada makanan jalanan di Korea dan makanan tradisional harian. Di The Street/ Kstreet Cafe anda boleh mencuba hidangan klasik seperti Samgyetang (ayam ginseng), Beef Bimbibap, Bulgogi, ayam popcorn crunchy dan kek ikan odeng yang popular. Jika anda berani, bolehlah mengambil cabaran untuk mencuba On Fire Ramyeon 🔥.
Hiasan dalaman di cafe ini, lebih kepada santai dan penuh dengan memori bersama artis KPOP kesukaan. Di sini terdapat banyak poster dan gambar selebriti kpop yang ditampal lantaran boleh membuatkan pengunjung yang berada di sini, berada lebih dekat dengan dunia KPOP. Malah pengunjung juga boleh meninggalkan signature atau kata-kata hikmat di dinding-dinding atau menampalkan note sticker di ruang yang disediakan.
Website : TheStreetCafe
3. Gangnam Station
Bermula sebagai restoran serdehana di Shah Alam, restoran yang diusahakan oleh Encik Samsuddin Abd.Aziz kini telah melebarkan pintunya ke 19 USJ City Mall, dengan makanan yang berkonsepkan Korean stick BBQ dan banyak lagi. Restoran ini juga pernah dikunjungi oleh Jalan-Jalan Cari Makan TV3.
Dengan kepelbagaian masakan Korea, Restoran Gangnam Station menawarkan hidangan dari bulgogi Dubap ke Jajangmyeon, Kimchi Jjigae, Dolsot Bulgogi dan banyak lagi. Untuk itu, anda pasti dapat menangkap rasa masakan Korea.
Suasana di restoran Gangnam Station yang lebih bersahaja dan agak kelihatan eksklusif.
Website :gangnamstation
4. K'Fry Urban Korean
K'Fry mencipta makanan keselesaan Korea dengan sentuhan yang sihat dan moden. Kepada anda penggemar ayam Korea viral yang di makan bersama gulungan cheese, di sinila tempatnya. Terdapat pelbagai ayam goreng Korea yang dimasak dengan pelbagai citarasa yang pasti membuatkan anda menyukainya.
5. 4 Fingers
Jika ingin makan ayam korea viral yang sedang popular ini, anda boleh dapatkannya juga 4 Fingers. Di sini anda boleh menikmati ayam goreng rangup yang sememangnya disahkan halal. Sekiranya anda bukan peminat ayam atau inginkan sesuatu yang lebih sihat, pilihan hidangan makanan laut dan salad juga terdapat dalam senarai menu.
Sumber dari internet
6. Mr.Dakgalbi
Bagi anda yang tidak tahu, Dakgalbi adalah hidangan Korea popular dilakukan dengan memerap ayam dalam gochujang (pes cili). Makanan ini dikacau dan digoreng dengan sayur-sayuran dan Tteok (kek beras). Proses ini boleh dilakukan sendiri di setiap meja makan anda. Wah! Menarik bukan?
Hiasan dalam di dalam restoran Mr. Dalba
Selain itu terdapat beberapa restoran korea lain yang anda boleh anda kunjungi untuk menikmati keenakannya. Antaranya,
7. Kyo Chan 1991
8. BBQ Chicken Malaysia
9. GoGung Korean Restaurant
10. B Station
11. Ko Hyang
12. Myeondong Topokki
dan banyak lagi.
(Untuk melihat lokasi restoran anda boleh pergi ke link yang diberikan.)
Dah ada yang pernah berkunjung ke restoran yang disenaraikan? Mana satu pilihan anda? Makanan Korea apa yang anda suka? Jom share... - CARI
Sumber : www.wanista.com, www.havehalalwilltravel.com |