Penyanyi terkenal Shawn Mendes, 20, sekali lagi menafikan gosip liar mengatakan beliau seorang gay selepas spekulasi mengenainya bertebaran selama bertahun-tahun.
Kredit foto: Complex
Dalam temu bual terbarunya dengan majalah Rolling Stone, penyanyi itu memberitahu kadangkala beliau tertekan dengan pelbagai spekulasi mengenai kehidupan peribadinya terutama gosip liar mengatakan beliau seorang gay.
"Saya sebenarnya mahu mengatakan saya tidak kisah, tetapi ianya tidak benar dan gosip ini telah bertebaran selama lima tahun. Ia melemaskan saya," katanya.
Kredit foto: Youtube
Mendes memberitahu Rolling Stones, gosip itu membuatnya paranoid.
"Saya mula menganalisis semua gerak tubuh dan suara saya dalam rakaman temu bual untuk mengkaji apa yang membuatkan peminat menuduh saya gay.
"Kadang-kadang, saya terfikir saya perlu dilihat dengan seorang wanita di tempat umum untuk membuktikan saya bukan gay," tambahnya lagi.
Kredit foto: Billboard
Walaupun menyedari gay bukanlah sesuatu yang buruk di mata masyarakat Barat kini, Mendes berkata dalam lubuk hatinya beliau membenci tuduhan itu.
"Ketika kecil, saya memang suka memakai mekap berkilat untuk berlawak dengan ibu bapa saya selain sering mendandan rambut dan mewarnakan kuku kerana hidup dikelilingi 15 sepupu perempuan. Tetapi, itu tidak menggambarkan seksualiti sebenar saya," tegasnya.
Kredit foto: Cosmopolitan
Beberapa tahun lalu di awal kemunculannya, Mendes pernah membuat penafian sama di Snapchat tetapi penafian itu tidak memadamkan gosip yang kekal bertebaran.
Mendes juga pernah dilihat keluar berdua-duaan dengan mesra bersama model Hailey Baldwin, tetapi hubungan itu tidak ke mana. Hailey kemudiannya mengahwini penyanyi Justin Bieber.
Penulis pun tertanya-tanya juga, apa yang membuatkan ramai sangat menuduh Shawn Mendes seorang gay? Apa buktinya? - CARI |