Seorang netizen mendakwa ibunya telah terkena ilmu hitam oleh jurujual perempuan barangan kosmetik di sebuah pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur. Kejadian itu berlaku setelah ibunya dipaksa mencuba krim di kulitnya hingga mengakibatkan ibunya terpaksa membayar hingga RM3,000 semata-mata terhadap produk yang langsung tidak berguna kepadanya.
Kredit foto: Twitter
Statusnya mendapat perhatian ramai lalu memberi pelbagai pendapat. Ada yang menyatakan ianya bukan ilmu hitam tetapi lebih kepada ilmu pemujukan hingga mangsa terpedaya lalu menyerahkan wangnya walaupun tidak memakai produk tersebut.
Kredit foto: Gambar hiasan
Tidak hanya mangsa tersebut terkena, ada juga netizen yang membuat pengakuan bahawa dia pernah menjadi mangsa produk kosmetik yang sama. Modus operandi mereka sama iaitu memujuk pelanggan yang berpotensi untuk membeli barangan mereka.
Kredit foto: Twitter
Bagi Bebbely, dia bukannya terkena ilmu hitam tetapi cara penjual tersebut memperdagangkan produknya ada unsur 'pemaksaan'. Jadi siapa yang ada duit banyak ketika itu mungkin terperangkap dengan kata manis jurujual. Dan ianya berlaku terhadap dirinya sendiri.
Kredit foto: Google
Rentetan pengakuan tersebut, ramai yang bersimpati kepada Bebelley kerana kerugian wang hampir seribu ringgit. Jumlah tersebut akan lebih bermakna dan bernilai jika membeli barangan yang tepat. Lebih memedihkan apabila ada yang menyatakan mereka turut ditawarkan produk yang sama tetapi dengan harga lebih murah.
Cerita pukau ini juga 'trending' di Twitter dan ramai yang membuat jenaka terhadapnya.
Pukau atau tidak? Hanya tuan badan yang boleh menentukannya. - CARI
|