CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 30891|Reply: 73

Kisah Pengalaman Merawat

[Copy link]
Post time 28-11-2018 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by lagendahidup at 28-11-2018 11:00 AM

Assalamualaikum semua
Kali ni aku rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang pernah aku alami sepanjang melibatkan diri dalam bidang rawatan ni. Terlebih dahulu aku mintak maaf ya kalau gaya penulisan aku ni kurang menarik sikit.



Disihir Anak Sendiri
Kes ni merupakan kes terbaru yang aku dapat minggu lepas. Kisah dia bermula apabila sepasang suami isteri ni mula mengalami sakit-sakit badan. Yang paling ketara sakit badan ialah si isteri. Selalu sangat sakit di bahagian peha, lutut, perut dan juga kawasan hati atau dada.
Dekat rumah pesakit sendiri dia selalu nampak kelibat makhluk, dengar tapak kaki pijak syiling hampir setiap malam dan jugak dengar macam ada benda cakar dinding rumah dari luar. Kebetulan pasangan suami isteri ni merupakan kenalan aku dan bila berjumpa dengan si suami ni aku tengok dia macam dalam keadaan letih dan lesu tak seperti sebelum-sebelum ni yang cukup ceria. Aku syak mula-mula ingat sebab bini x kasi kawin lagi satu tapi bila dia cerita pasal apa jadi dekat dia dan isteri baru la aku x syak yang dia lesu bukan sebab permohonan bermadu x diluluskan oleh sang bentara guru.

Sembang punya sembang dia pon mintak buat rawatan tapi seperti biasa sebelum buat rawatan dengan aku dia kena patuhi dulu syarat utama aku iaitu dapatkan rawatan klinikal dulu. Kang sakit sebab klinikal xpasal2 ja menuduh hantu setan yang buat. Kesian dekat hantu setan kena tuduh free-free.

Ok skang kita masuk bab hari rawatan plak. Seperti biasa dalam setiap sesi rawatan aku akan periksa dulu pada tubuh badan pesakit sama ada benar-benar disebabkan gangguan atau disebabkan fizikal semata-mata macam emosi stress dan sebagainya. Lepas diperiksa terbuktilah memang ada kaitan dengan gangguan dan gangguan ni lebih banyak bertumpu pada si isteri. Lepas dah kenal pasti gangguan berpusat pada si isteri aku mulakan dengan memanggil semua makhluk yang ganggu si isteri tadi ni untuk berkumpul pada tubuh badan si isteri. Panggil punya panggil x datang2 rupa-rupanya lepas ditenung si tukang sihir dah alert dan mula tarik balik makhluk-mahkluk yang dihantar kepada si isteri tujuannya sebab xnak bukak rahsia. Itu pasal la sesetengah pesakit bila p nak berubat perawat check xdak gangguan sebab dia dah cabut. Jadi kena tarik semua tu dulu letak pada badan pesakit baru kita rawat kalau x gangguan akan berulang dan datang balik .


Ok nak rehat jap nnti sambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2018 11:37 AM | Show all posts
menarik....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 12:10 PM | Show all posts
nak lagi nak lagi.....Mokcu memang suka cerita2 cam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 01:12 PM | Show all posts
wah menarik jugak ni..anak sendiri buat tak sabar nak tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 05:24 PM | Show all posts
pahtu..apa jadi?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2018 10:42 AM | Show all posts
Sambungan

Selepas dua tiga kali cubaan menarik gangguan tak menjadi ni membuatkan aku sedikit gabra. Pelik dan ajaib jugak masa tu macam mana gangguan yang tiba-tiba ada boleh hilang. Jadi untuk aku menghilangkan gabra dan cover malu (cewah) aku pun mula menutup mata untuk tido sejenak. Ketika saat ni aku nampak benda yang terjadi. Aku nampak ada satu makhluk yang badannya berbatu sedang mengawasi si isteri ni tadi dari jauh. Bila aku pergi lebih dekat baru aku nampak yang makhluk batu macam The Thing dalam cerita Incredible Four ni diperintah oleh seorang tukang sihir perempuan.

Si tukang sihir agak terkejut bila nampak aku depan dia mungkin sebab kemachoan diri aku yang buat dia terkejut. Aku pun macam biasa mula slow talk dengan dia dan tanya apa pasal sihir si suami isteri ni. Macam biasa jawapan dia simple, “Orang bayar aku buat la”. Lepas basa-basi dengan si tukang sihir dan bagi warning x jalan aku pon kembali buka mata dan mulakan serangan. Waktu tido tadi aku diberi gambaran mengenai si pengupah tapi apapon xboleh percaya sangat boleh jadi mainan syaitan selagi kita x dapat bukti kukuh.

Buka ja mata aku terus mulakan serangan kali ni serangan aku tujukan khas kepada si tukang sihir sebab selagi si tukang sihir x lemah sukar untuk aku tarik makhluk batu tadi masuk kedalam tubuh pesakit aka merasuk hehe. Tujuan aku nak tarik makhluk batu tadi sebab nak bagi makhluk batu tadi pecahkan rahsia sebab sebenar dia kacau suami isteri ni. So serang punya serang alhamdulillah Allah izinkan menjadi. Kemudian aku terus tarik makhluk batu tadi masuk, alhamdulillah menjadi.

Jadi sekarang bermulalah sesi seksaan kepada makhluk batu muahahahaha. Tujuan utama seksaan ni nak bagi dia buka mulut dan cerita hal sebenar. Petua dia kalau dah merasuk tiba-tiba bagitau sekian-sekian ni tak boleh percaya. Nipu kebanyakkannya. Tapi selepas dah diseksa separuh nyawa masa ni la kisah-kisah sebenar mula diceritakan cewah. Teknik ni merupakan teknik yang hampir serupa dengan kempeitai iaitu seksa dulu baru tanya.

Jap ya nanti sambung balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2018 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tazabar tunggu sambungan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
menarik tt ..sambung lagi..
perawat ya...ramai perawat yer kat dlm ni..tp ramai yang xaktif dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2018 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila sambung lg tt
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 08:39 AM | Show all posts
lagik....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 10:52 AM | Show all posts
yup.. teknik ni sama mcm perawat yg aku kenal.. kadang2 dpt alamat masa tgh lelap kejap, atau masa tgh solat..
jin2 setan ni kadang dah tau nk g merawat dia lari keluar dari badan pesakit dulu.. tp ada jgk yg jenis degil stay dlm badan n sembunyi kat tmpt2 yg sulit.. klu pesakit perempuan la. sebab tau perawat tak boleh sentuh kat situ walaupun berlapik..
ada jgk jin2 ni stay dalam badan pesakit sebab tukang sihir yg paksa dia stay.. walaupun tau nak kena bantai jap lg.. hehe

perawat akan doa dan menyerang tukang sihir supaya lemah, baru boleh keluarkan jin2 setan lahanat ni. kadang kalau serang jin2 tp tukang sihir relax je top up setan2 tu kat badan pesakit.. perawat yg penat berlawan tak abis2..

tp biasanya pertolongan Allah tu tetap ada.. yg mengizinkan pun tetap Allah.. takde sapa yg power baik perawat mahupun tukang sihir.. semuanya kuasa Allah.. Allah nak uji pesakit, perawat, tukang sihir hatta jin2 tu sama.. kadang2 ada jin2 tu da kena bantai, dia insaf n nak masuk Islam.. semua kuasa Allah.. Allah tu Maha Mengetahui..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 10:55 AM | Show all posts
aduhhh..scroll bawah dah kosong!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 11:39 AM | Show all posts
Si tukang sihir agak terkejut bila nampak aku depan dia mungkin sebab kemachoan diri aku yang buat dia terkejut


hehe...

sambung la lagi weeii
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2018 01:38 PM | Show all posts
sabar menunggu update dari tt
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 30-11-2018 10:52 AM
yup.. teknik ni sama mcm perawat yg aku kenal.. kadang2 dpt alamat masa tgh lelap kejap, atau masa t ...

jin yg dh kena keluar dr badan pesakit tu boleh masuk balik x wpun dia dh diislamkan? atau perawat ada teknik tertentu tutup badan pesakit dari dimasuki jin balik?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2018 04:27 PM | Show all posts
cepatla sambung. nak  tny  klu dapat byangan apa yg terjadi tu..dtg dlm mimpi ke atau mcm flash dpn mata..my fren ada yg boleh nampak apa yg ganggu tp dia tak reti xplain mcm mana nampak..kdg2 dia ckp mcm org bg ilham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2018 11:22 AM | Show all posts
sambungan....

maaflah lambat ya, banyak kirija skrg maklumlah zaman ekonomi sekarang kena pulun cari duit..hehe.

oky.kat mane kita tadi..citer tentang makhluk berbatu 2.. makhluk ni memang degil yak amat xnak bukak mulut.dia mmg dah masuk dalam badan pesakit (si isteri) sebab pesakit memang dah xsedarkan diri tapi pesakit sama sekali xnak bercakap dan berinteraksi dengan sy,naik buntu dah sy, dah berjam duk seksa duk serang makhluk ni tapi masih degil. macam ada rahsia besar yang cuba disembunyikan. . last sekali..alhamdulillah dengan izin ALLAH.pesakit mula berinteraksi dengan menggerakan tangan dia seperti mahu menulis sesuatu. sy apa lagi mintak lah si suami ambik kertas dengan pen bagi pesakit menulis..

pesakit tulis hanya satu nama sahaja dan nama itu merupakan saudara dekat kepada pesakit, memang semasa sy tutup mata org menyihir adalah saudara terdekat. bila d tanya si suami nama itu adalah nama anaknya sendiri a.k.a anak tiri pesakit...sebab utama pesakit di sihir kerana anaknya dengki terhadap pesakit yg merupakan ibu tirinya..sihir yang di hantar sudah bertahun ini bermakna dah bertahun jugalah pesakit terseksa dengan segala gangguan dan sakit-sakit badan yang teruk. sy tanya lagi macam mana sihir ni d hantar adakah melalui makanan/minuman/barang.. rupa-rupanya melalui barang... tapi makhluk ni pandai sebelum nak bagitahu barang sebenar dia punyalah belit reka cerita kaw-kaw punya.biasalah jin dan setan ni bab memperdayakan manusia dan menipu ni memang diorg terer punya..

awalnya mkhluk ni bagitahu, barang sihir tertanam kat dalam rumah ni..bawah rumah ni iaitu tanah asal tapak rumah sebelum rumah d bina. 2 dia..jenuhlah wei lau nak korek keluar barang sihir 2 dari tanah yang dah di simen bagai..memang kena pecahkan teruslah simen rumah 2. tapi kita sebagai perawat kena bijak kena pikir logik sebab rumah ni dah berbelas tahun d bina sedangkan sihir berlaku xsampai seusia rumah,,, saya apa lagi...seksa la lagi.hahhaha..agak2 sampai lunyai sampai pecah batu kat tubuh makluk 2.. dekat makhluk ni kita jgn berlembut.kena seksa kaw2 sb diorg ni ad ketahanan yang lain macam dan pandai menipu untuk lepaskan diri. oky..start pula penipuan kedua makhluk berbatu ni..dia cakap barang sihir duk atas siling rumah area bilik psgn suami isteri ni plak..ayoyo.dahlah siling rumah 2 siling kapur ...memang susahlah nak cari kena pecahkan jugalah siling 2...tapi hati sy masih xpercaya dgn makhluk ni.. saya cuba tutup mata dan bermohon pada ALLAH agar ditunjukkan kebenaran dan alhamdulillah saya nampak kedudukan barang sihir 2 d mana.memang dalam bilik suami isteri 2 tapi bukan atas siling....

(apa yg dibagitahu pesakit masih dalam isyarat tangan dan tulisan tanpa membuka mulut sepatah pun.)

nanti kita sambung lagi episod last kisah rawatan ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2018 11:25 AM | Show all posts
minahsenget replied at 1-12-2018 04:27 PM
cepatla sambung. nak  tny  klu dapat byangan apa yg terjadi tu..dtg dlm mimpi ke atau mcm flash dpn  ...

dia lebih kepada bayangan yang kita nampak d kepala dan dinyatakan melalui hati/firasat kita... mmg susah juga nak explain..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2018 11:32 AM | Show all posts
little_sis replied at 1-12-2018 07:01 AM
jin yg dh kena keluar dr badan pesakit tu boleh masuk balik x wpun dia dh diislamkan? atau perawat ...



kebanyakan jin yang kuar dari badan pesakit akan masuk balik dalam badan pesakit sebab dah ad jalan dalam badan lebih-lebih lagi pesakit yg kurg beramal..tentang jin yg diislamkan ad yg kan masuk balik ad yg tidak..sb jin yg islam xsemua baik mcm juga manusia.. jadi kaedah yg paling berkesan kita paksa jin 2 kuar dan kita tangkap dan kurung jin dalam botol kaca dan tanam. tp ad juga jenis jin yg xnak kuar dari bdan pesakit..jadi kita terpaksa bunuh jin tersebut sb jin tidak mahu bekerjasama dan degil.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2018 09:38 AM | Show all posts
little_sis replied at 1-12-2018 07:01 AM
jin yg dh kena keluar dr badan pesakit tu boleh masuk balik x wpun dia dh diislamkan? atau perawat ...

Tt dah tolong jawabkan tu.. hehehe.. tq tt..
macam yg dikatakan la.. jin tu walau telah diIslamkan tp tetap ada yg jahat..mcm kita manusia ni jugak, hati lain2..
dan pada orang yg pernah kena rasuk, santau atau pendek kata badannya pernah didiami jin, agak mudah untuk jin2 atau mahluk lain nak masuk badan tu. sebab dah ada jalan. atau orang kata dah ada lubang kat badan tu untuk menyusup.. sebab tu kena kuatkan iman, amal soleh untuk halang benda tu masuk badan..

perawat yg aku kenal tu pun, sebelum dia jd perawat, dia pun kena gangguan yg amat teruk. sampai tak boleh bangun.. hampir nazak la.. tp Allah panjangkan umur dia untuk berbakti pada org yg sakit macam dia dulu.. dan dia tau mana lubang kat badan dia yg jin nak masuk.. kat ibu jari kaki kiri dia tak silap aku.. sebab setiap kali dia merawat, jin2 akan serang dia jgk.. dan dia tarik mana yg masuk badan dia kat ibu jari kaki kiri tu..

dan tangkap jin masuk dalam botol, balang kaca.. mungkin setengah orang kata mengarut, menipu.. tp aku percaya sebab pernah tengok sendiri.. biasa jin2 yg kuat, yg degil ditarik dengan balang kaca. tarik tu dgn ayat2 Quran, zikir yek.. bukan tarik gitu jek.. kalau yg kuat, lepas tarik ke dalam balang, akan disembur dgn air ruqyah utk lemahkan dia lagi.. kalau tak boleh terlepas gak. pastu akan diruqyah dgn ayat2 Quran biar mati. tu biasa yg jin kuat2.

pengalaman aku, kalau tengok mata kasar kat balang kaca memang tak nampak apa la.. pernah perawat tu suh aku rasa dgn tapak tangan kat mulut balang kaca tu, dan aku rasa panas haba. tak la panas bahang tapi mcm ada sesuatu dalam tu.. balang tu berpeluh, mcm ada benda bernafas kat kaca tu.. padahal kosong.. dan kalau nak tengok apa isi balang tu, kena tangkap dgn kamera hp.. untung2 dapat nampak.. kadang tak.. kena banyak kali gak la.. aku pernah nampak bayangan mcm asap bentuk tengkorak. sebiji macam tengkorak citer scream tu.. pernah nampak pocong berbungkus, pontianak rambut panjang.. muka tak nampak la.. pelik kan? dalam balang kaca ada benda2 macam tu.. tp tu la kuasa Allah.. apa pun, Allah jugak yg Maha Kuasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.898689 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list