Hrithik Roshan merupakan seorang pelakon Bollywood yang cukup disegani. Beliau berjaya mencipta nama di persada antarabangsa dengan bakatnya serta rupa paras yang kacak.
Hrithik Roshan bersama dua anaknya.
Sumber foto: Carian Google
Empat tahun lalu, kita digemparkan dengan perceraian artis ini dengan isterinya, Sussanne Khan iaitu anak kepada pelakon veteran Sanjay Khan. Punca perceraian mereka tidak didedahkan, namun Hrithik pada tahun-tahun sebelumnya mempunyai terlalu banyak kontroversi yang mengaitkannya dengan skandal sepanjang 13 tahun mereka berumah tangga.
Sumber foto: bollywood shaadies.com
Hrithik Roshan dan bekas isteri.
Sumber foto: santabanta.com
Antara aktres yang dikatakan mempunyai skandal dengan beliau ialah Barbara Mori. Jika anda masih ingat, Barbara pernah memegang watak heroin dalam telenovela Ruby yang pernah ditayangkan di TV3. Kontroversi ini timbul apabila mereka digandingkan bersama dalam filem Kites.
Hrithik Roshan bersama Barbara Mori.
Sumber foto: glamsham.com
Bagaimanapun, Hrithik Roshan dilihat sentiasa bersama bekas isteri dan anak-anaknya. Namun, Sussanne menjelaskan kepada media mereka masih berkawan dan berusaha menjadi ibu bapa yang baik demi anak-anak; Hrehaan dan Hridhaan.
Terkini, Hrithik Roshan memuat naik status yang agak beremosi di Instagram beliau mengenai bekas isteri dan anak-anaknya. Status berkenaan seolah-olah menggambarkan beliau akur dengan takdir yang memisahkan mereka, tetapi ia tidak akan menghalang beliau dan Sussanne daripada bersatu dalam hal anak-anak tercinta.
Sumber foto: IG Hrithik Roshan
Status itu juga berbaur penghargaan terhadap bekas isterinya yang sentiasa bersama beliau dalam naik turun kehidupannya dari awal hingga sekarang serta usaha Sussanne yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak walaupun mereka sudah bercerai.
Walaupun Sussanne pernah menegaskan mereka berdua tidak mungkin akan kembali bersama, Sanjay Khan dan orang sekeliling masih mengharapkan mereka kembali bersama. Peminat juga tidak terkecuali.
Sumber foto: Carian Google
Hrithik dan Sussanne membuktikan kepada semua bahawa perceraian tidak seharusnya melibatkan anak. Ibu bapa yang baik tidak akan membuat anaknya rasa kekurangan atau terkesan kerana perceraian. Semoga masih ada sinar harapan buat pasangan ini. - CARI |