Nurul Hana Che Mahazan atau lebih mesra dengan panggilan Nana Mahazan mula dikenali sejak beliau menyertai program Akademi Fantasia Musim pertama.
Sumber: giloaf
Walaupun beliau berbakat besar dalam bidang nyanyian, rezekinya lebih besar sebagai penyampai radio. Beliau yang gemar berceloteh mula melibatkan diri dalam karier sebagai penyampai radio hingga kini.
Pada 2009, beliau mendirikan rumah tangga bersama Brian, yang kini bekerja sebagai pengurus kanan Hitz Fm. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang perempuan.
Baru-baru ini, Nana seperti biasa memuat naik foto bersama dua anaknya di laman Instagram yang kemudian mengundang komen negatif daripada seorang individu.
Individu tersebut cuba menasihati Nana supaya 'mencantikkan' anak perempuannya. Nana memberi respon terhadap komen itu dengan mempersoalkan kembali apa yang tidak kena pada anaknya.
Sumber foto: IG Nana Mahazan
Netizen lain membela Nana dan menyelar tindakan individu yang suka menjaga tepi kain Nana itu. Anak perempuan Nana masih lagi kanak-kanak dan dia seharusnya dibiarkan bebas dengan penampilannya.
Ada juga yang berpendapat rupa paras tidak penting, sebaliknya adab yang lebih utama.
Ini bukanlah kali pertama golongan artis diserang dengan komen-komen negatif sebegini. Satu demi satu artis sudah terkena. Anak comel dipuji melambung-lambung oleh netizen, manakala anak yang kurang comel dikeji pula.
Ternyata ramai netizen yang suka menyibuk dan suka mengawal dan menghakimi hidup selebriti dan anak mereka. - CARI
|