CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1765|Reply: 11

[Tempatan] Enggan dipaksa ke hospital, warga emas tikam diri sendiri

[Copy link]
Post time 7-12-2018 09:23 AM | Show all posts |Read mode
aduhaiiii kan dah kena masuk hospital nie


PULAU PINANG 6 Dis. -  Seorang anak tidak menyangka ugutan bapanya untuk membunuh diri sekiranya dipaksa ke hospital benar-benar berlaku selepas bapanya itu bertindak menikam diri sendiri di hadapan kedai gunting rambut di Flat Sri Saujana, Jalan Macallum, di sini hari ini.
                  
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi tadi, mangsa yang berusia 84 tahun dan menghidap penyakit jantung dipercayai menikam dirinya kira-kira empat kali di bahagian perut.
   
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, anak mangsa yang bekerja di kedai gunting rambut tersebut memberitahu mangsa sering mengugut untuk membunuh diri jika dia dibawa ke hospital.
"Mangsa mengalami masalah penyakit jantung dan sakit tua.
"Anak mangsa tidak menyangka mangsa betul-betul menikam diri sendiri hari ini di hadapan kedainya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut beliau, mangsa kini dalam keadaan stabil walaupun mengalami kecederaan yang serius dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
akhirnya ke hospital jua pokcik
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah atuk aku pun mcm ni, bapak aku hantar gi spital, digigitnya belakang bapak aku....so utk kes ni aku paham sgt perasaan si anak atuk tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2018 09:44 AM | Show all posts
ya allah kesian nye.. memang dia org susah nak ke spital
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
last pak cik p jugak hospital.moga diberikan kesembuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:17 AM | Show all posts
adeh la pakcik..pakcik ingat bila tikam diri sendiri tu terlepas la ya pergi hospital..eemmm

nenek mek pun sejenis yang tak mau pergi hospital..bila kami anak cucu balik, dia mengadu sakit tu sakit ni..so kami ni cakap lah..haa jom pergi hospital..cepat kemas baju semua...eh eh elokk sihat dah..kadang kadang dia buat muka kalau ajak pergi hospital..haha lawak la, sebenarnya dia nak bermanja dengan anak cucu je..nak suruh picit picit sikit..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2018 11:20 AM | Show all posts
ada sorang lagi nenek..lepas balik umrah awal tahun ritu dia kena batuk..pastu dia pergi rumah mek..abang mek bawak dia pergi hospital..pastu kena warded n kuarantin seminggu dua jugak..keluar je hospital dia cakap apa tau, taknak dah pergi rumah mek time demam batuk semua tu takut nanti kena bawak pergi hopital lagi..aduyaii nenek oh nenek..

orang tua macam tu la perangainya, dengar perkataan hospital tu macam apa ntah takutnya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2018 11:53 AM | Show all posts
Aku pernah tanyer ayah mertua aku kenapa diaorg takut nk gi hospital. Mertua aku kata org dulu2 mmg takut sbb ada yang pergi hospital bila balik jadi mayat. Tu antara sebab org dulu2 takut nk pegi. Mcm biasa la bila ada yang balik dari hospital jadi mayat confirm ada yang akan membawang pasal hospital.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pacik blm sampai ajal. Kalau pacik tikam 5 kali. Silap2 jalan trs.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 09:53 AM | Show all posts
senang2 msk hospital...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 10:42 AM | Show all posts
lagi cederakan diri, lagi la kena p hospital pakcik. takpelah, apapun dah selamat dah masuk hospital walaupun kaedahnya agak lain dari orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 12:06 AM | Show all posts
ada satu teori daripada pengamal kesihatan china qigong.. orang sakit patut di suruh bersenam.. kalau masuk hospital duduk atas katil badan makin sakit..

ada kebenaranya, harap lepas ni hospital ambil tapak permainan kanak2 buat litar senam untuk pesakit.. budak2 bagi baca buku teks spbt.. harap hospital tak jadi macam menteri afrika minta kolam renang kt hotel.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.687226 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list