CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4178|Reply: 21

Doktor, Tolong Check Sakit Anak Saya. Tapi Saya Tak Nak Ubat Atau Suntik, Nanti

[Copy link]
Post time 10-12-2018 04:47 PM | Show all posts |Read mode
Tugas seorang doktor ialah merawat pesakit yang memerlukan bantuan dari segi masalah kesihatan. Rawatan yang digunakan semestinya rawatan moden yang menggunakan pelbagai alatan dan ubat-ubatan yang bersesuaian dengan penyakit yang dihidapi. Jadi, jika seorang pesakit datang ke klinik atau hospital, semestinya pesakit  bersedia menerima apa jua rawatan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah kesihatan yang dialami.



Kredit foto: Google (Gambar sekadar hiasan)



Tetapi, berlainan pula dengan kisah yang yang dikongsi oleh seorang doktor perubatan ini. Doktor ini telah memuat naik satu status mengecam sikap ibu bapa yang membawa anaknya ke hospital tetapi enggan anaknya dirawat dengan ubat-ubatan hospital bagi masalah kesihatan anaknya. Dia berasa pelik malah serba salah untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan anak tersebut kerana telah diberi amaran agar anak mereka tidak disuntik atau diberi apa-apa ubatan.





Kredit foto: Google (gambar sekadar hiasan)




Bagaimanapun, doctor ini tetap memberi ubat kepada anak tersebut dan menerangkan dengan elok tentang keperluan ubat kepada anak mereka yang sedang sakit itu. Itupun jelas kelihatan perasaan tidak berpuas hati bagi pihak ibu kanak-kanak tersebut yang menganggap ubat-ubatan adalah agenda Yahudi.





Kredit foto: Google (Gambar sekadar hiasan)



Kenapa bawa anak ke hospital?

Rata-rata netizen mengutuk pasangan suami isteri tersebut dan tertanya-tanya apa tujuan mereka membawa anaknya yang sakit itu ke bahagian kecemasan hospital jika tidak mahu menerima rawatan daripada pakar perubatan? Mungkin kononnya hanya inginkan kepastian tentang penyakit anaknya dan seterusnya akan menggunakan perubatan alternatif. Tetapi, tindakan mereka seperti tidak masuk akal dan kelihatan sangat bodoh.



Berhenti membiak!



Netizen turut bengang dan berharap ibu bapa yang berfikiran cetek sebegitu berhenti membiak agar tidak memudaratkan kehidupan anak-anak mereka. Akibat terlalu percaya dengan sesuatu yang dikatakan agenda Yahudi, mereka terus menolak apa jua perubatan moden dan ubat-ubatan yang digunakan di hospital.






Sebagai ibu bapa, kalian memikul amanah yang sangat besar untuk membesarkan anak-anak dengan baik dan tidak memudaratkan kehidupan mereka. Janganlah terlalu mementingkan diri sehingga sanggup menggadaikan nyawa anak gara-gara terlalu taksub dengan kefahaman yang salah mengenai perubatan moden dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat pesakit di hospital. Setuju tak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2018 04:50 PM | Show all posts
huwaaaa! citer ni lah yg iols baca smlm tu sambil doa harapnya bukan lah sohai laksa. iols tak rela nak kecam sohai laksa lg (sbb dah sah2 heols nampak begitu benaks dah).
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pelik parents mcm ni.... gi lah hutan cari akar2 ubat periuk ke ape... gi doktor tapi tknk ubat, buang masa jer..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 04:58 PM | Show all posts
mak bapak selfish. kau buang masa doktor, buang masa orang yang tunggu giliran selepas kau, tau tak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangkitan tonsil? Mesti demam panas budak tu. Doktor nak kasi ubat biar bengkak tonsil tu surut. Matikan kuman. Nak ke sampai bernanah? Sampai anak kena demam kejang2?  Kesian anak dapat parents mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mk ayah selfie lah ni.. spesis rare anti yahudi majusi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2018 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa kenapa tak letak bwg putih dkt kaki..semua penyakit sembuh..bwk pergi hosp kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2018 08:43 PM | Show all posts
buang masa je pergi hospital macam tu. baik beli minyak sapu je kat anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 07:39 AM | Show all posts
friedfishsoup replied at 10-12-2018 09:45 AM
Bukan Aimy la uols. Dia nya twitter handle @mosusofficial

doc tu dah clarify eh bukan sohai yg dlm citer dia?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:04 AM | Show all posts
abis tu dtg hospital jumpa doc buat apa
bodoh yg x boleh diajar
kesiannya laa..dpt mak bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesembuhan itu milik Allah. Tapi sebagai hambaNya kenalah ikhtiar cari penawar yang sesuai utk setiap penyakit. Ubat pun makan doa dan solat hajat pun wajib dibuat. Ilmu yang bermanfaat yg ada pada doktor2 ni juga drpd Allah jua. Jgn la terlampau taksub membuta tuli. Mmgla kalau dgn kanak2 ni selagi boleh nk elak terlampau kerap makan ubat. Tapi kalau dah teruk demam atau penyakitnya dan usaha yg biasa2 kita buat x berkesan , kenala bagi ubat juga. Like myself, selalunya ikhtiar bagi makan vitamin everyday, madu sikit, buah2 dan kalau anak demam selalunya lap2 dulu dan bagi minum air yg byk, kalau x kebah makan paracetamol secara yg betul amount dan kekerapannya dan doa byk2 jgn tinggal. Jika x jalan juga, terus cepat2 bawak hospital/klinik. Of course, kerapkan doa bersungguh2 pada Allah dan buatlah solat hajat minta padaNya dan buat la air doa2 ape yg patut bagi anak minum. Moga Allah beri kesembuhan pada ape sj penyakit anak kita.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:21 AM | Show all posts
tergelak aku baca part 'Yahudi bukan Coway untuk ada ejen-ejen'

tapi kalau anak sakit tolong la bawak ke klinik. takde mende nak ejen2 yahudi. ko masa kecik kena injek gak.. ada jadi yahudi? mak bapak tongong.

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:45 AM | Show all posts
Dalam keadaan darurat kecemasan macam tu tak salah pun terima rawatan yang doktor akan berikan tak perlu nak argue jenis rawatan yang penting anak selamat dan pulih dari penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 09:55 AM | Show all posts
benakssss mk budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 10:15 AM | Show all posts
mak anti vac lah ni, dah gitu kenapa pergi hospital, bagi jelah makanan sunnah, real food ke anak tu untuk sembuhkan sakit nya
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat kat indon je ada bangang abadi.. Kat msia pun dah berjangkit2 dah.

Kesian anak dapat makpak gini. Kalau mati or cacat anak tu guane? Kalau aku jadi anak memang aku blame diorang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 04:46 PM | Show all posts
kesiannya anak tu dpt mak camni, ape ke dlu atuk nenek lupa bg mak dia mkn vitamin ke??
aduhaiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 08:15 PM | Show all posts
teringin aku nak tengok puak macam ni depan mata.. nak tengok camne cara pemikiran diorang ni.. x penah jumpa lagi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 08:25 AM | Show all posts
dah tu ape jadah ko bawak anak ko jumpa doktor?gi la jumpa dukun ke tok pawang ke xpon nenek ade bola api2 tu ubat anak ko..menyusahkan org lain yg tgu turn nak jumpa doktor tegah dek ko parents yg budus ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 08:31 AM | Show all posts
so dia nak doctor jampi ke apa..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.273229 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list