Umum mengenali siapa itu Thalia. Beliau ialah penyanyi dan pelakon tersohor dari Mexico. Rakyat Malaysia mula mengenali Thalia melalui lakonannya dalam telenovela Maria Mercedes dan Rosalinda.
Sumber foto: mediahiburan.my
Lagu telenovela tersebut yang berjudul Rosalinda yang menjadi siulan di Malaysia suatu ketika dahulu, juga merupakan lagu nyanyian Thalia sendiri.
Namun, tak ramai yang tahu siapa suami Thalia. Suami kepada penyanyi jelita ini ialah ommy Mottola yang juga merupakan bekas suami Mariah Carey!
Beliau adalah bekas pengarah Sony Entertainment dan merupakan antara orang kuat yang menaikkan nama Mariah Carey, Michael Jackson, Celine Deon, dan ramai lagi di bawah pengurusannya.
Sumber foto: carian Google
Mariah Carey menikahi Mottola pada usia 23 tahun dan mereka bercerai pada tahun 1998 atas kehendak Mariah sendiri yang berasa terkongkong dan ingin hidup bebas.
Sumber foto: eu.com
Disebabkan Mottola menjadi tertekan dan kesunyian selepas perceraian itu, sahabatnya mengaturkan 'blind date' untuknya dan Thalia! Mereka berdua jatuh cinta pandang pertama dan tak siapa menyangka kini usia perkahwinan Thalia dan suaminya mencecah 17 tahun! Ini merupakan kali ketiga Mottola berkahwin.
Foto ketika kali pertama Thalia bertemu Mariah Carey setelah mengahwini Tommy Mottola. Sumber foto: Carian Google
Sumber foto: popsugar.com
Thalia kini berusia 47 tahun manakala suaminya 69 tahun. Jarak umur mereka sangat besar tetapi kebahagiaan rumahtangga bukan terletak kepada berapa usia kita dan pasangan. Setuju tak?
Thalia kekal awet muda sampai ke hari ini dan sudah mempunyai dua anak hasil pernikahan dengan Mottola.
Jom kita lihat gambar-gambar terkini Thalia dan keluarga beliau.
Sumber foto: IG
Thalia ni memang hot betul kan? Mesti anak-anak dara di luar sana tercabar tengok beliau. Patutlah suami sayang. Rumah tangganya pun nampak bahagia. -CARI |