Memang melampau bila ada individu yang memberi komen berbaur ugutan rogol terhadap Diana Danielle.
Melalui Insta Story, isteri kepada Farid Kamil ini berasa keselamatannya terancam dan seolah-olah maruahnya diperkotak katikkan oleh individu terbabit.
"Saya bukan seorang pendendam tapi keselamatan dan maruah saya dipijak-pijak oleh lelaki yang ada latar belakang pengawal peribadi yang mendoakan kehancuran keluarga saya.
"Jangan menulis perkara seperti itu dan mengharapkan saya untuk mengabaikan potensi bahaya dan ancaman yang telah anda lakukan terhadap saya," tulisnya.
Kredit foto: IG Story Diana
Diana juga ada memuat naik komen individu yang menggunakan nama Ismail Upahan itu yang mengajak netizen untuk merogolnya secara beramai-ramai.
Bagi Diana, dia menganggap perkara tersebut sebagai gangguan seksual.
"Rogol perkara main-main ke? Jika orang tidak dikenali ajak orang ramai rogol isteri kamu dan ajak kamu bergaduh dan mendoakan kehancuran keluarga kamu, kamu rasa perlu untuk baik hati?
"Sedangkan perkara yang bukan masalah kamu pun kamu emosi!"-CARI
|