Ramai orang yang terlalu sibuk hingga tidak cukup masa untuk menyediakan makanan sendiri dan memilih untuk membeli makanan sama ada di gerai tepi jalan mahupun mana-mana kedai makan berdekatan.
Bagaimanapun, aspek kebersihan di premis dan gerai tepi jalan ini amat meragukan. Silap hari bulan, ada yang mengalami keracunan makanan. Malah, jika bernasib malang, pasti akan menemui sesuatu di dalam makanan seperti ulat atau serangga.
Seperti yang berlaku kepada Azmi Ali Mex yang berkongsi pengalamannya menemui bangkai tikus di dalam ayam masak kicap yang dibelinya di sebuah warung.
Ingatkan pedal ayam...
Azmi menegaskan dia tiada niat untuk menganiaya penjual dan berkata, dia akan bertemu penjual itu untuk menyelesaikan kes itu.
Perkongsiannya itu menyebabkan orang ramai berasa mual dan kembang tekak serta mempersoalkan kebersihan warung berkenaan.
Rata-rata netizen menggesa Azmi supaya mengadukan hal itu kepada pihak berkuasa selain menasihatinya membuat pemeriksaan kesihatan kerana dikhuatiri keracunan makanan yang boleh membawa maut.
Kredit foto: FB Azmi Ali Mex
Itulah risiko makan di luar. Jadi, bagi yang sememangnya tiada masa untuk memasak sendiri di rumah, anda perlu lebih berhati-hati jika membeli makanan di luar! - CARI |