Seorang lelaki mengaku di mahkamah hari ini bahawa beliau memecah masuk dan melakukan hubungan seks dengan mayat seorang wanita di sebuah rumah mayat di Birmingham, United Kingdom.
Kredit foto: DailyAdvent
Khasim Khuram, 23, mengaku memeriksa beberapa keranda berisi mayat sebelum merogol salah satu daripadanya. Suspek juga mengaku bersalah memecah masuk dan merompak pusat penyimpanan mayat di Central England Co-operative Funeralcare bulan lalu.
Kredit foto: Birmingham Mail
Hakim Mahkamah Birmingham Crown mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan psikitari dan memberi amaran bahawa tertuduh bakal berdepan hukuman penjara yang berat.
Khuram, yang mempunyai tatu bendera Palestin di lehernya dilihat menyentuh dadanya dan menunjukkan tanda ibu jari kepada penyokongnya dalam perbicaraan tersebut yang turut dihadiri keluarga mangsa.
Kredit foto: Metro UK
Menurut pertuduhan, Khuram memecah pintu masuk rumah mayat berkenaan kira-kira jam 3 pagi pada 11 November dan ditangkap polis di tempat kejadian apabila alat penggera berbunyi.
"Ketika berada di rumah mayat, dia membuka beberapa buah keranda sebelum merogol salah satu daripada mayat di situ," kata pendakwaraya.
Hakim memberikan masa kepada peguam bela Khuram untuk menyerahkan laporan pemeriksaan perubatan sebelum menjatuhkan hukuman. - CARI |