View: 1815|Reply: 13
|
[Tempatan]
Stress dengan kewangan, UMNO jadikan pusat latihan ILMU sebagai resort
[Copy link]
|
|
Dihimpit masalah kewangan, UMNO jadikan pusat latihan sebagai resort
Astro Awani | Diterbitkan pada Disember 28, 2018 09:56 MYT
KUALA LUMPUR: Selepas kehilangan kuasa dan dihimpit masalah kewangan, UMNO bakal menjadikan pusat latihan parti itu di Janda Baik sebagai tempat penginapan komersial dan dibuka kepada semua pihak.
The Malaysian Insight melaporkan, sebelum akhir Mac 2019, UMNO akan membuka Institut Latihan Memperkasa Ummah (Ilmu) kepada orang awam, pertubuhan atau syarikat baik untuk bercuti atau aktiviti membina semangat dan mengukuhkan pasukan.
Ilmu kini diletakkan dibawah pengurusan Putrade Property Management Sdn Bhd (Putrade) yang turut menguruskan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Menara Dato Onn yang menempatkan ibu pejabat parti.
“Kami baru ambil alih, mungkin pengubahsuaian semula ambil masa beberapa bulan sebelum boleh dibuka kepada umum. Kita jangkakan siap pada Mac nanti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Putrade, Shamsul Kamar Ahmad seperti dilaporkan The Malaysian Insight.
Sebelum ini, UMNO menjadikan Ilmu sebagai tempat eksklusif parti itu. Ia merupakan pusat pengkaderan dan latihan perang saraf UMNO serta program tertutup berkaitan dengan parti.
Mengulas lanjut, Shamsul Kamar berkata selepas mengambil alih Ilmu, Putrade berhasrat menjadikan tempat yang tidak pernah dibuka untuk orang ramai itu sebagai resort dan pusat latihan sesuai untuk diadakan mesyuarat, persidangan dan hari keluarga.
“Selama ini UMNO menguruskan sendiri Ilmu. Sekarang Putrade ambil alih untuk diuruskan secara komersial. Cadangan untuk dijadikan resort dan pusat latihan sesuai untuk diadakan mesyuarat, persidangan dan hari keluarga.
“Di sini sesuai kerana ada pelbagai jenis bilik seperti rumah tiga bilik, bilik-bilik dan bilik asrama. Budak sekolah atau pelajar universiti juga boleh datang untuk ambil bahagian dalam aktiviti seperti bina semangat,” katanya.
Selepas akaun UMNO dibekukan oleh kerajaan, Ilmu semakin lengang dan difahamkan kali terakhir parti itu menjalan program di pusat latihan itu ialah pada Oktober lalu.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baguslah.pandai lah korang nak survive |
|
|
|
|
|
|
|
Ok, Teringin nak masok duduk situ.. dlu kalau hantaq fail ke bos.. kt lobi jah. Huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Janda baik lokasi menarik sesuai untuk tenangkan fikiran. Dekat dengan air terjun tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Kursus berdemo haritu katne |
|
|
|
|
|
|
|
Ada swimming pool tak,kalu ada nak pergi
Satu bilik berapa satu malam |
|
|
|
|
|
|
|
roy3 replied at 29-12-2018 09:43 AM
Kursus berdemo haritu katne
Dekat situ la kot...last pakai Oktober lepas...pakai untuk latihan demo jalanan le tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai macam tuh sekali... tahap kritikal dah tuh |
|
|
|
|
|
|
|
ILMU stands for?
institut latihan macai umngok ke..sis tanya |
|
|
|
|
|
|
|
semoga berjaya.dan maintenance kewanagn dgn molek ....jgn asyik retreat jer lol..... |
|
|
|
|
|
|
|
Billionaire dlm umno pakat2 la tong2 sorg 0.1% harta korg utk perjuangan parti. Time senang korg laut, time susah matikan diri... |
|
|
|
|
|
|
|
cer siasat cemana cara umngok dapat tanah tu. jeng!...jeng!....jeng! |
|
|
|
|
|
|
|
Institut Latihan Memperkasa Ummah? Bukan ke Inst Lati Memperkasa UMNO? |
|
|
|
|
|
|
|
jadi sah2 la selama ni umno opret guna duit dr kerajaan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|