CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3206|Reply: 6

Waris Aretha Franklin Pening, Dah Meninggal Pun Masih Dikejar Cukai Dan Hutang

[Copy link]
Post time 31-12-2018 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Apabila penyanyi lagenda, Aretha Franklin meninggal dunia Ogos lepas, beliau meninggalkan legasi yang sukar ditandingi mana-mana penyanyi wanita lain dengan gelaran Queen of Soul.


Tetapi, rupa-rupanya Aretha juga meninggalkan hutang cukai yang banyak dan memeningkan pewarisnya.




Kredit foto: Chicago Tribune




Menurut sumber TMZ, IRS mendakwa Aretha berhutang cukai sebanyak ASD 6.3 juta (RM26,072,550) kerana gagal membuat pembayaran dari tahun 2012 hingga 2018. Selain itu, mendiang juga dikenakan penalti ASD1.5 juta (RM6,207,750).




Kredit foto: WNDU




Menurut sumber, tunggakan cukai tersebut adalah hasil daripada audit yang dijalankan sepanjang enam tahun lepas termasuk tahun 2018 yang belum pun berakhir.


Selain cukai, pewaris Aretha yang popular dengan lagu 'Respect' juga dikejar beberapa pihak lain, antaranya peguam penyanyi itu juga menuntut ASD54,000(RM223,479) kerana tidak dibayar sejak 66 tahun lepas.




Kredit foto: The Gravepine





Tidak cukup dengan itu, sebuah syarikat penerbitan turut menuntut ASD136,000 (RM562,836) berkaitan khidmat pengurusan dan royalti lagu 'Say A Little Prayer' penyanyi tersebut.


Nampaknya, pewaris Aretha Franklin kini bingung kerana ingatkan dapat wang berjuta, rupanya terpaksa berdepan dengan tuntutan cukai dan hutang yang berlambak. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2018 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
you can run, you can be buried....

But you can't hide from the IRS...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 09:18 PM | Show all posts
(You Make Me Feel Like) A Natural Woman .....

nettworth mendiang dianggar usd80juta khen. Takat hutang 8 juta tu apalah sgt. Gadai aset , selesai prob.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 05:37 PM | Show all posts
ai ada terbaca byk penyanyi black kt US culas byr cukai... yg terbaru Mary J Blige...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 02:24 AM | Show all posts
Lauryn Hill pun pernah kena penjara 3 bulan sebab tak bayar tax
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 01:38 PM | Show all posts
liyamariska replied at 15-10-2020 05:37 PM
ai ada terbaca byk penyanyi black kt US culas byr cukai... yg terbaru Mary J Blige...

yg i penah baca la, sistem tax kt us ni mmg pelik dan rumit sgt. sbb tu kalau nk jd artist sila hire accountant sendiri kalau taknak masuk lokap.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
I love herrrr #legendary
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.382934 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list