CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2703|Reply: 5

Aneh Tapi Benar, Pisang 40 Hari Berbuah Di Batang Pokok

[Copy link]
Post time 31-12-2018 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Satu kejadian yang jarang-jarang dapat dilihat!


Bertempat di sebuah kampung di Alor Gajah, Melaka terdapat sebuah rumah yang dikelilingi pelbagai tanaman yang biasa ditanam oleh orang kampung.


Beberapa batang pokok pisang ada yang telah menghasilkan buah, namun apa yang menarik perhatian adalah sebatang pokok pisang yang sangat jarang ditemui, kerana kejadiannya.


Pernahkah anda melihat pokok pisang berbuah di batang pisang?


Foto sebenar pokok dan buah pisang 40 hari yang tumbuh di batang pokok, Foto: Monolog


Pokok pisang 40 hari atau nama lainnya ialah pisang boyan yang ditanam telah menghasilkan buah berserta jantungnya sekali di tengah-tengah batang pokok tersebut.


Adalah dimaklumkan pisang tersebut baru berbuah dan berusia kira-kira dua minggu lebih.


Pisang 40 hari ini rasanya seperti pisang lemak manis. Pisang ini mencapai tempoh matang selama 40 hari. Mungkin kerana itu, ia dinamakan pisang 40 hari.

Biasanya selain boleh dimakan mentah, pisang ini sesuai juga dibuat cekodok atau lempeng. Bagi pisang yang masih muda, biasanya ia boleh dijadikan bahan untuk membuat masak lemak cili api.

Wajarkah kita memakannya jika ia berbuah dalam cara yang aneh? Apa pendapat anda?


Biarpun ianya pelik tetapi jika ia hidup subur dah berbuah matang dengan baik sepatutnya ia bukanlah satu masalah. Tak begitu?


Rezeki buat apa ditolak. Melalui carian google,  ini disertakan rupa buah pisang 40 hari untuk menggambarkan kepada anda yang tertanya-tanya bagaimana rupa buah pisang ini bila telah matang dan masak.


Foto: Google


Tiada apa yang tidak boleh terjadi di dunia ini dengan izin dariNya.


Mungkin ada antara anda juga pernah melihat perkara yang sama dan dapat boleh berkongsi cerita di sini. Mungkinkah kejadian  buah ini dikaitkan dengan perubatan atau tuah? Apa pendapat anda?-CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2018 01:01 PM | Show all posts

boleh buat sendiri
tebuk tengah
keluar buah dari tengah
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 01:03 PM | Show all posts

apa beza pisang 40 hari &  pisang emas ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Alais replied at 31-12-2018 01:03 PM
apa beza pisang 40 hari &  pisang emas ?

Rupe beza n rase pun beza.
X reti nk explain
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon tuannya segera pasang pagar di keliling pokok tersebut. takut kang ada yg lilit kain merah kat pokok tu. dapat arahan dalam mimpi disuruh buat demikian kater nyerrr....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2018 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 31-12-2018 01:47 PM
mohon tuannya segera pasang pagar di keliling pokok tersebut. takut kang ada yg lilit kain merah kat ...

Oh..ada ke yg buat cam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.393300 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list