"Kepada musuhku kanser, please be nice to me."
Itu kata-kata semangat penyanyi Kalis Rindu, Elyana, 31 kepada dirinya sendiri seperti yang ditulis di laman Instagram sempena tahun baharu 2019. Menyatakan yang tahun 2018 banyak meninggalkan kenangan indah kerana yang pahit telah pun ditukar pada manis belaka supaya tidak lagi sengsara menanggung beban dari orang luar.
Bagi Elyana, dia mahu menjadi insan yang kuat fizikal dan mental serta tidak cepat berputus asa dengan cabaran.
Kredit foto: IG
Melihat pada rentetan kontroversi yang berlaku pada artis ini sepanjang 2018, Elyana ternyata kembali mendapat semangatnya kembali untuk terus gigih melawan kanser limfoma tahan empat tersebut. Oleh itu dia mengharapkan kedatangan 2019 ini akan membuatkan musuh terbesarnya akan meninggalkan dirinya selepas lapan tahun bertarung dengannya.
Kredit foto: IG
Sebelum mendedahkan sakitnya ini, Elyana telah menjalani kemoterapi sehingga tujuh kali sejak 2014 lagi. Seterusnya pada Oktober 2018 pula menjalani rawatan radioterapi kerana lymph nodes sudah berada di saraf tunjang sebelum menyepi dari laman Instagram kerana menghadapi buli siber.
IG
"Sebab saya tau awak kuat Nana. Semoga menjadi manusia yang lebih baik."
Elyana juga mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang sentiasa menyokongnya pada tahun 2018 dan berharapkan dia mampu untuk sembuh.
Biarpun barah limfomanya sudah merebak ke sekitar saraf tunjang, namun Elyana mahu menikmat hidup dengan ceria seterusnya meneruskan rawatan radioterapi bagi mengawal sel-sel tersebut.
IG
Semoga Elyana tabah melalui dugaan ini dan juga kita sebagai netizen dinasihatkan agar memberikan kata-kata baik kepada golongan ini. Jika tidak mampu berkata baik, eloklah diam sahaja. - CARI |