Pertandingan suku akhir Grand Slam of Darts yang menemukan pemain Scotland, Gary Anderson, 47, bekas juara dunia dua kali dengan pemain Belanda, Wesley Harms, 34, kecoh seketika apabila kedua-dua pemain berbalah tentang bau busuk yang dilepaskan di atas pentas pertandingan.
Kredit foto: BBC
Pertandingan yang berlangsung di Aldersley Leisure Village, Wolverhampton itu terpaksa dihentikan seketika apabila Wesley menuduh Gary membuang angin sehingga menyebabkan tumpuannya terganggu.
Kredit foto: Sporting Live
Selepas kekalahannya, Wesley yang ditemubual oleh Stesen TV Belanda, RTL7 memberitahu bau kentut tersebut sangat busuk. ‘Mungkin dua hari baru bau busuk ini akan hilang dari hidung saya’ katanya lagi.
Kredit foto: Shroposhire Star
Tetapi Gary yang kini menduduki tangga ke 4 dalam ranking dart dunia menyatakan tuduhan Wesley itu tidak benar. ‘Saya tahu Wesley yang kentut, ini satu teknik kotor’ katanya menafikan. ‘Saya bersumpah bukan saya, saya rasa Wesley yang kentut kerana tertekan dengan permainannya’ kata Gary lagi.
Kredit foto: Daily Express
‘Kalau saya kentut, saya akan angkat tangan dan mengaku, walaupun sebusuk telur tembelang, tapi kali ini saya pasti bau-bauan tersebut datangnya daripada pihak lawan kerana dari awal lagi saya memang terhidu bau telur busuk setiap kali dia melintasi saya ’ tambah Gary .
Kredit foto: TalkSport
Selepas perbalahan mereka diredakan pengadil, Gary menewaskan Wesley 10-2 dan berjaya mara ke pusingan seterusnya. - CARI
|