Dalam kemas kini terbarunya di Instagram, pelakon Jasmin Hamid mendakwa ada pihak gemar membawang mengenai dirinya dan anak lelaki, Haziq Macquistan.
Kredit foto: IG Jasmin Hamid
Menerusi luahannya itu, dipercayai cakap-cakap buruk yang membabitkan anaknya bermula apabila dia mula berjinak dalam dunia lakonan.
"Sayang, ada orang membawang pasal kita, biarkan saja sebab ia hanya sepanjang lidahnya saja.
"Orang yang positif saja, kita kawan okay.
"Ibu tau anak ibu seorang yang kuat semangat dan sentiasa positif, rezeki di tangan Allah bukan di tangan manusia," tulisnya.
Kepada siapa ditujukan kata-kata itu? Bukan senang mahu memuaskan hati semua pihak. Dalam dunia ini, pasti akan ada yang iri hati dengan kejayaan dan rezeki dimiliki. - CARI
|