Tindakan Justin Bieber seolah-olah mengekori bekas kekasihnya, Selena Gomez mendapat perhatian media.
Sumber RadarOnline memberitahu, penyanyi lagu Sorry itu terdesak untuk menghubungi Selena, 26.
Kredit foto: RadarOnline
Seperti diketahui umum, Selena Gomez sedang menumpukan perhatian kepada kesihatan fizikal dan mentalnya selepas meninggalkan sebuah pusat rawatan kesihatan. Salah satu daripada nasihat yang diterimanya dalam program rawatan termasuklah menjauhkan diri daripada mantan teman lelakinya itu.
"Selena sedang dalam proses pemulihan, dia cuba yang terbaik dan kami sangat bangga dengan usahany," kata seorang temannya.
Selama beberapa minggu ini, Selena dilihat melakukan aktiviti hiking di Runyon Canyon, Los Angeles bersama beberapa teman dan jurulatihnya.
Bagaimanapun, ramai paparazi melihat Justin Bieber juga melakukan aktiviti hiking di tempat sama. Sumber memberitahu bahawa penyanyi itu yang baru berkahwin dengan model Hailey Baldwin sedang cuba untuk 'bertembung' dengan Selena selepas beberapa usaha untuk menghubunginya melalui telefon tidak berhasil.
Kredit foto: T Maidana
"Justin sudah beberapa kali menghubungi Selena termasuk meminta bantuan kawan-kawan dan keluarganya, tetapi Selena tidak mahu melayan.
"Dia sudah pun membuat keputusan untuk berkahwin dengan Hailey, manakala Selena juga kini mahu move on," kata sumber itu kepada RadarOnline.
Kredit foto: Zig.com
Tak move on lagi ke Justin Bieber? Apa agaknya tindakan Hailey apabila mengetahui perkara ini? - CARI |