Penyanyi Mariah Carey dan bekas pengurusnya, Stella Bulochnikov bersetuju untuk menyelesaikan masalah perundangan di antara mereka.
Sebelumnya, penyanyi berusia 48 tahun itu disaman Stella kerana kerap berbogel dihadapannya yang dianggap satu gangguan seksual. Beliau juga menuntut ASD100 juta (RM411 juta) atas tugasnya sebagai pengurus.
Kredit foto: nme.com
Konflik antara Mariah dan Stella bermula pada November 2017 dan ketika itu, mereka mengeluarkan kenyataan berpisah secara aman kerana masih terikat dengan beberapa lagi urusan perniagaan.
Bagaimanapun pada April 2018, Stella telah memfailkan saman ke atas Mariah, mendakwa penyanyi itu telah melanggar kontrak. Menurut sumber The Blast, Stella juga mendakwa Mariah sering berbogel di hadapannya dan menyebabkan dia trauma.
Kredit foto: hollywoodstreetking.com
Stella mendakwa, dia ditamatkan perkhidmatan sebelum tempoh kontrak habis, jadi dia berhak mendapatkan bayaran sepenuhnya. Manakala, Mariah pula mendakwa penamatan Stella sebagai pengurusnya disebabkan tidak mampu menjalankan tanggungjawab dengan efektif.
"Stella juga tidak pernah menandatangani kontrak secara rasmi," kata jurucakap Mariah.
Kredit foto: YouTube
Susulan penamatan kontraknya, jurucakap Mariah berkata, Stella telah menyebarkan banyak khabar angin dan cerita palsu kepada media. Stella yang sebelum ini merupakan penerbit eksekutif siri realiti T.I & Tiny dan Paris Hilton adalah orang yang bertanggungjawab dalam penerbitan siri Mariah's World yang gagal mendapat sambutan.
Kredit foto: Carian Google
"Mariah sebenarnya tidak mahu siri realiti itu, tetapi Stella mendesaknya kerana Stella sendiri mahu muncul dalam rancangan berkenaan dan menjadi popular," tambahnya.
Nampaknya, buku bertemu ruas kerana Mariah Carey sendiri sering dilaporkan berlagak diva. Apa pula kata peminat Mariah? - CARI |