|
Keenakan rasa buah durian memang tidak dapat dinafikan. Tetapi, pernahkah anda mencuba durian bakar? Menu ini semakin popular di kalangan masyarakat tempatan dan juga pelancong asing kerana rasanya yang dikatakan unik.
Kredit foto: Facebook
Jika anda berkunjung ke Pasar Malam, Jalan Gaya Kota Kinabalu, jangan lupa berkunjung ke gerai milik Dennis Chan yang menyajikan menu baru istimewa ini.
Kredit foto: Facebook
Proses membakarnya agak lama. Buah durian akan dibakar sebiji secara terus atau isinya dibungkus dengan kertas aluminium terlebih dahulu dan kemudian disalai di atas arang selama hampir 45 minit.
Bagaimanapun, bukan semua durian boleh dibakar, sebaliknya hanya buah durian baka kampung yang dipilih memandangkan saiznya agak kecil dan mudah dibakar.
Memandangkan prosesnya yang agak rumit, durian bakar dijual dengan harga RM60 sebiji. Ianya tidak boleh dimakan panas, sebaliknya akan disejukkan terlebih dahulu dan baunya akan naik semerbak harum.
Kredit foto: Facebook
Sepanjang gerai tersebut boleh dilihat permintaan peminat yang sangat memberangsangkan. Bukan sahaja pembeli warga tempatan, malah terdapat juga pelancong asing dari Korea Selatan dan China yang menunggu giliran mereka.
Kredit foto: Utusan
Bagi yang sudah mencuba, pasti dapat merasakan keenakan buah rambutan bakar yang lemak manis dengan keharumannya yang lebih semerbak berbanding buah tidak dibakar. Sudah pasti ini satu lagi inisiatif penjual untuk mempelbagaikan produk jualan mereka.
Jadi, apa kata anda mencuba menu baru ini, pasti rasa kelainannya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|