Siapa tidak kenal pelakon manja kita,Anzalna Nasir dan suaminya Haniff Zaki. Semalam, di laman instagram beliau, Anzalna telah mengumumkan beliau telah hamil 4 bulan hasil perkongsian rumah tangga beliau bersama suaminya.
Berita gembira itu dikongsikan melalui rakaman video pendek berdurasi 1 minit itu di profil miliknya di Instagram.
Anzalna Nasir dan Haniff Zakri
"Thank You Allah, Syukur Alhamdullilah"
Anzalna melalui kapsyennya meluahkan rasa bersyukur kerana penantian selama hampir 4 tahun itu tercapai setelah hamil 4 bulan. Video tersebut juga memaparkan cara unik Anzalna meluahkan perasaan gembira apabila disahkan mengandung kepada ahli keluarganya. Beliau memberi beg hadiah berisi foto ultrasound kandungannya kepada setiap ahli keluarga.
Ibu Anzalna terutamnya dilihat paling terharu dan menangis kegembiraan apabila mengetahui anaknya kini hamil.
Netizen juga meluahkan rasa bersyukur dan rata rata mengatakan bahawa mereka tersentuh hati melihat video tersebut. Tahniah kami ucapkan! - CARI
|