View: 1317|Reply: 7
|
Dah Belasah, Anak Jual Harta Bapa Kerana Tak Diberi Duit
[Copy link]
|
|
Bukan sahaja tergamak memukul bapa sendiri, malah seorang lelaki menjual kesemua barang dimiliki mangsa berusia 58 tahun itu.
Lapor Sinar Harian, kejadian berlaku di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu kira-kira jam 9 pagi pada Isnin lalu di mana suspek berusia 21 tahun itu dikatakan memukul bapanya selepas mangsa enggan memberikan wang kepadanya.
Gambar Hiasan
Sumber berkata, abang suspek berusia 25 tahun yang bekerja di Pasir Puteh, Kelantan bergegas pulang ke rumah sebaik dimaklumkan mengenai kejadian oleh sepupu mereka.
"Dia (abang suspek) diberitahu bahawa adiknya sedang mengamuk dan mengugut ayah mereka kerana enggan memberi wang diminta.
"Suspek turut memukul mangsa serta menjual kesemua barang yang ada di dalam rumah," katanya.
Sebaik abang suspek tiba di rumah, mangsa mengadu sakit di bahagian bahu kiri akibat dipukul.
"Bimbang keselamatan ahli keluarganya pada masa akan datang selain risaukan kejadian sama berulang, abang suspek mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," ujarnya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Sasakim replied at 11-1-2019 10:21 AM
sebab dadah ke??
Tidak syak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
report polis bg masuk jail baru padan muka……... |
|
|
|
|
|
|
|
Disebabkan dadah je yang berani lakukan semua ni |
|
|
|
|
|
|
|
Report kat polis biar masuk jel dah besar menyusahkan mak bapak |
|
|
|
|
|
|
|
arasham replied at 11-1-2019 10:28 AM
Tidak syak lagi
melayu - dadah haihhhh hurmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
manjakan lagi anak jantan serupa soltan..
hujung-hujung jadi taik dadah..
bukannya nak menyenangkan mak bapak..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|