|
Minggu lalu tular di media sosial mengenai kisah perkahwinan seorang jejaka berketurunan India dan kesemua pengapit lelakinya keturunan lelaki Melayu yang juga sahabat baiknya.
Kredit foto: Facebook
Kini sebuah lagi perkahwinan unik dengan pengapit berlainan bangsa, kali ini berlaku di Sarawak melibatkan perkahwinan sepasang pengantin Kristian, Sylvester Voon dan isterinya di gereja dan 6 orang pengapitnya, kesemuanya wanita Melayu berhijab.
Kredit foto: Facebook
Menurut jurugambarnya, Ariffin Hussain perkahwinan itu berlangsung pada penghujung tahun 2018 lalu di mana pengantin wanita telah memilih kesemua sahabat baiknya, wanita Melayu dari Semenanjung Malaysia sebagai pengapitnya pada hari bersejarah itu.
Kredit foto: Facebook
"erkahwinan ini sangat unik, jarang disaksikan, ianya berlaku di sebuah gereja tetapi kesemua pengapitnya wanita Muslim berhijab," tulis Ariffin.
"engantin wanitanya orang Sarawak dan para pengapitnya dari Semenanjung Malaysia, walau berbeza kaum dan agama tidak menghalang persahabatan mereka memeriahkan hari bahagia kawan baik mereka," tambahnya lagi.
Kredit foto: Facebook
Gambar-gambar yang dimuatnaik Ariffin di Facebooknya mendapat pujuan ramai. Ramai yang memuji kerukunan dan sifat saling hormat-menghormati seperti yang ditunjukkan. Malahan Ariffin berharap gambar-gambar itu akan tular dan semangat 1Malaysia akan bersemarak dan menyatukan ramai lagi rakyat Malaysia.
Kredit foto: Facebook
Semoga perkara ini dipandang oleh pelbagai pihak dari sudut positifnya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|