Kita semua tahu bahawa berniaga itu susah dan ada naik turunnya. Ada orang, rugi sikit je terus berhenti berniaga.
Ada orang pula, rugi macam mana pun dia akan tetap terus berniaga kerana minat yang mendalam dalam perniagaan.
Lain pula kes untuk pemilik kedai Iman Koeteow ini, beliau sudah berniaga menjual kuey tiow selama 33 tahun. Lama tu!
Bertapak di Alor Setar, Kedah, Iman Koeteow mempunyai 50 pekerja untuk mengendalikan urusan bisnes harian mereka. Ramai kan?
Sumber Gambar: Facebook Abang Just Sebarkan
Purata kerang yang dibelanjakan untuk seminggu berniaga adalah bersamaan dengan harga seekor lembu. Lebih dahsyat lagi, hampir 3000 telur dimasak setiap hari untuk pelanggan.
Dari video dibawah ini, harga untuk kuey tiow special adalah RM5.50.
Cuba bayangkan, 3000 pelanggan darab dengan harga kuey tiow special, RM5.50. Sehari boleh dapat RM16 500! Itu belum campur dengan menu lain dan minuman lagi.
Sehinggakan ada netizen yang seperti tidak percaya dengan hasil jualan pakcik ini. Ingat, tiada yang mustahil jika kita berusaha dan berdoa!
Jadi korang yang baru mula berniaga tu, jangan putus asa! Teruskan usaha anda dan konsisten dalam perniagaan. Yang paling penting, usaha dan jujur, baru berkat bisnes tu. - CARI |