Kebiasaannya bawang dijadikan salah satu bahan pelengkap masakan untuk menambah rasa dalam masakan. Tahukah anda bawang juga sebenarnya bagus dimakan mentah?
Bawang merah mentah sebenarnya mempunyai bahan anti kanser.
Foto: Google
Menurut Dr Suri Roowi yang merupakan saintis MARDI dibawah dinyatakan jenis bawang dan cara terbaik bawang digunakan untuk hidangan kita.
Jadi, kita boleh pilih jenis bawang yang betul untuk dimakan mentah. Contohnya dimasukkan ke dalam salad atau sandwich.
Kredit foto: Mingguan wanita
Berikut 7 khasiat Bawang Mentah yang kita perlu tahu :
1.Bawang merah mengadungi khasiat seperti organosulfur dan flavonoid.
2.Bawang merah juga bersifat antiplatelet iaitu bahan untuk mencegah pengumpulan darah dan antikanser khususnya usus,perut dan kerongkong.
3.Memakan bawang merah mentah juga bagus bagi menghindari kita dari terkena sakit jantung dan stoke.
4. Sekiranya bawang merah dimasak, bahan antiplatelet ini akan mudah hilang. Malah dikatakan selepasa 10 minit dimasak, bawang sebaliknya akan merangsang aktiviti platelet menjadikan darah mudah bergumpal.
5. Pengumpalan darah boleh dicegah dengan hanya memakan bawang merah secara mentah.
6. Bawang merah juga tinggi antioksidan dan vitamin C.
7.Bawang kuning pula mempunyai tinggi mineral ( fosforus, potassium,magnesium dan zat besi ).
Foto: Google
Satu petua yang dikongsikan untuk mengelakkan mata pedih semasa memotong bawang ialah menyimpannya dalam freezer selama 5 minit . Cara ini juga dikatakan meninggikan khasiat bawang di mana bahan antioksidan quercetin akan terhasil lebih banyak.
Sehubungan itu, marilah kita amalkan pemakanan bawang mengikut cara yang disyorkan demi menjaga kesihatan tubuh kita. -CARI |