Seekor burung tiung bertenggek di atas kerusi penumpang kelas perniagaan dalam penerbangan Singapore Airlines dari Singapura ke Londong. Kredit foto: Mirror
Penumpang-penumpang kelas perniagaan pesawat Singapore Airlines dikejutkan dengan kemunculan seekor burung tiung dalam perjalanan selama 12 jam dari Singapura ke London baru-baru ini.
Memetik laporan Mirror pada 14 Januari lalu, burung itu dipercayai memasuki pesawat di Singapura.
Ia dikatakan bersembunyi di tempat yang gelap sebelum terbang keluar apabila aras semakin tinggi serta tekanan udara di bahagian kabin menjadi rendah.
Dalam rakaman video yang dimuat naik oleh salah seorang penumpang ke Facebook, burung tiung tersebut dilihat bertenggek di atas kerusi di dalam kelas perniagaan dan tidak mempedulikan penumpang-penumpang di sekelilingnya.
Tidak lama selepas itu, seorang anak kapal cuba menangkapnya tetapi burung tiung berkenaan terbang apabila dikejar.
Burung berjaya ditangkap selepas pesawat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow. (Gambar hiasan) Kredit foto: Carian Google
Menurut Singapore Airlines, burung tiung itu muncul kira-kira dua jam sebelum pesawat mendarat di Lapangan Terbang Heathrow, London.
Burung tersebut berjaya ditangkap selepas pesawat mendarat dan seterusnya diserahkan kepada pihak berkuasa lapangan terbang untuk dikuarantin.
Mungkin burung tiung itu menyimpan hasrat untuk 'terbang' ke London dan mencari jalan mudah dengan menaiki kapal terbang tanpa membeli tiket. - CARI
Post time 15-1-2019 05:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Astaga pembaca berita kah itu? Stesen nasional Singapore kah atau stesen cap ayam? Mengapakah pakaiannya sebegitu mcm nak masuk tido? Astgfirullah kenapa dunia skrg ni, nak attract viewers dgn cara merendahkn wanita? Jijiks. Pompuan tu pun rela nak kena exploit. Sian. Dah la siap d shading nenennya itu. Hahahahahahha
Post time 15-1-2019 09:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sianlah dia kalau tak dihantar balik ke spore. jadi burung tunggal kat london. susahlah nak communicate dgn burung2 warga london yg whistling in thick british accent. kalau dia pandai singlish pon takut burung london tak paham