Jika sebelum ini panas isu berkenaan beg sekolah bertampal imej mukanya, kali ini wakil rakyat PPBM dikatakan meletakkan namanya pula di baju sekolah.
Memetik laporan Utusan Online, Mohd Shaid Rosli, wakil rakyat Jeram menyumbang 10,000 helai baju sekolah dengan label namanya sendiri kepada pelajar di kawasannya.
“Baju ini disediakan khas dengan jenama saya sendiri ‘YB Shaid Rosli’. Jenama itu boleh dilihat dikolar,” katanya.
“Mengikut perancangan asal, pakaian sekolah ini sepatutnya dibekalkan sebelum sesi persekolahan dibuka namun ia mengalami kelewatan dari pihak pengedar.”
Kredit foto: carian internet
Terdahulu, Shaid mengedar 1,000 beg sekolah yang menampilkan wajah dan namanya kepada para pelajar di sekolah.
Hal tersebut mengundang kontroversi dan juga mendapat teguran di kalangan pemimpin PH sendiri. - CARI
|