View: 2674|Reply: 11
|
Hotel Futuristik Terpaksa Pecat Pekerja Robot Kerana Menganggu Pelanggan
[Copy link]
|
|
Hotel futuristik pertama di dunia terpaksa membuang separuh daripada pekerja robotnya kerana gagal melakukan tugasan dengan cekap seperti manusia.
Hotel Henn-na di Jepun yang juga dikenali dengan nama Strange Hotel mendapati tingkah-laku robot-robot itu menganggu pelanggan mereka selain selalu mengalami kerosakan teknikal.
Kredit foto: Mirror
Pelanggan yang menginap berkata, robot di situ kerap menganggu sesiapa yang tidur berdengkur kerena menyangka dengkuran adalah satu bentuk arahan. Pekerja robot di kaunter juga gagal menjawab soalan mudah.
Natijahnya, kakitangan terpaksa bekerja lebih masa untuk membaiki robot yang rosak.
Kredit foto: Mirror
Seorang kakitangan berkata, pekerjaan mereka menjadi lebih mudah selepas robot-robot itu dipecat kerana pelanggan kurang membuat aduan. Hotel Strange yang dibangunkan pada tahun 2015 mencatat Guinness Book of World Records sebagai hotel robot pertama di dunia.
Dimulakan dengan 80 robot, bilangannya bertambah tiga kali ganda beberapa tahun kemudian. Masalah mula muncul apabila robot yang diminta menari gagal berbuat demikian.
Pelanggan juga geram dengan robot bantuan bernama Churi yang hanya mampu menjawab soalan dan kerja mudah, jauh ketinggalan berbanding robot Apple, Siri atau robot Amazon, Alexa.
Kredit foto: Mirror
Tidak cukup dengan itu, robot yang bertugas mendaftarkan tetamu juga digantikan kerana tidak mampu menempah tiket kapal terbang atau menyusun jadual. Malah, pekerja terpaksa membantu robot untuk tugasan semudah membuat fotokopi dokumen pelanggan.
Kredit foto: Mirror
Pengurus hotel Takeyoshi Oe berkata, usia hayat robot mereka adalah empat tahun dan mereka tidak digantikan dengan robot baru kerana kosnya sangat mahal. Jadi, mereka terpaksa menggantikannya dengan manusia. Ini termasuklah robot pengangkat barangan yang hanya mempu bekerja di atas permukaan rata.
Nampaknya, nasib robot pada masa hadapan tidak secerah seperti yang diramalkan pakar teknologi terutamanya yang melibatkan perkhidmatan kerana mereka belum dapat menyaingi kecekapan manusia. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I nak robot tall dark n hensem seorang ada x
Nak g Osaka bulan empat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kesampaian impian para etis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau silap2 ada litar pintas dan robot mencekik kita tengah malam??? |
|
|
|
|
|
|
|
robot2 ni dah join persatuan pekerja ke belum? |
|
|
|
|
|
|
|
Service industry macam ni tak sesuai kalau guna khidmat robot sepenuhnya |
|
|
|
|
|
|
|
kena upgrade lagi ni.. cuba lagi ya |
|
|
|
|
|
|
|
tu menunjukkan manusia ni diciptakan sempurna oleh Sang Pencipta..yang kita sebagai manusia nak melebih2 gantikan robot buatan manusia dengan manusia yang dicipta oleh Allah dah kenapa?
|
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu...Ingatkan robot tu sexual haras pelanggan td
tp mcm ade potensi jadi episode baru Black Mirror kan? versi komedi kot..robot miang ahaha..
|
|
|
|
|
|
|
|
pandai pakai tapi malas menten payah gak |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah . smg tmpt aku ni pn robot x leh hrp la . ade jugak pluang pkerjaan . mengarut semua benda robot nk wat abes manusia biar bg pupus ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|