Sekarang ni, silap sedikit sahaja, semua isu nak ditularkan tanpa mengira siapa yang bersalah. Lebih malang apabila kononnya ingin mengadu di media sosial, namun ditempelak oleh netizen pula kerana sebenarnya pengadu lah yang bersikap mementingkan diri sendiri.
Terbaharu, tular sebuah video pendek (telah dipadamkan) dirakam oleh seorang wanita dengan kapsyen "Hanya kerana 10 minit menghalang kereta, dia dimaki oleh wanita dan anaknya yang bertudung." Hal ini mengundang kemarahan netizen kerana pengadu mengambil mudah masa 10minit lalu menjadikan tudung serta kata-kata wanita yang dihalangnya sebagai pemangsa.
Kredit foto:
Kredit foto:
Kredit foto: Twitter
Menurut adik lelaki pengadu, kakaknya cuma menghalang kereta tersebut selama 10 minit sahaja, jadi takkan itu pun boleh menimbulkan kemarahan kerana kakaknya sendiri sudah bersedia untuk memohon maaf namun terhenti kerana telah dimaki oleh wanita dan anaknya dalam bahasa carutan. Pengadu ini juga hairan dengan sikap netizen yang membela wanita yang menujukan kata-kata kesat kepada kakaknya.
Bagaimanapun, tweet tersebut mendapat kritikan terus daripada netizen kerana menganggap pengadu dan kakaknya tidak sensitif terhadap orang lain. Mungkin 10minit yang dimaksudkan oleh pengadu seperti tiada apa-apa, namun bagi mereka yang dihalang keretanya di tempat meletak kereta, ia mungkin satu kecemasan. Jangan sesekali membandingkan situasi kita sama dengan orang lain.
Netizen juga turut memberikan beberapa idea kepada pengguna jika menghadapi situasi sebegini seperti meninggalkan nombor telefon dan tidak mengangkat 'hand brake'. Selain itu, janganlah pula mengaitkan kesalahan orang lain dengan apa yang dipakainya. Dalam konteks ini, menyalahkan wanita bertudung bermulut jahat sedangkan dia 'free hair' dan hanya menjadi mangsa adalah salah sama sekali.
"Alah, kalau akak ko kena double park pun, mesti mental punya. 10 minit kot, mana maunya bawa bincang. Lagi-lagi kalau orang yang kena tu ada urusan lain, nak cepat ke."
Setiap individu mempunyai kesabaran berbeza. Mungkin 10minit pada pengadu tidak berniai apa-apa tapi mungkin sebaliknya bagi mereka yang mempunyai hal kecemasan. Jadi jika terkena dalam situasi begini, cara terbaik ialah meminta maaf dan jika dimarah sekalipun, perlu redha kerana memang kesalahannya.
Jadi, tindakan kakak pengadu yang 'double park', tidak jadi meminta maaf, merakam video wajah dan plat kereta, menularkan gambar budak ini serta menganggap diri sebagai mangsa adalah bentuk kesalahan yang tidak dimaafkan. Ramai netizen berpendapat yang jika mereka berada dalam situasi ini, maka wanita tersebut pasti mendapat pengajaran berguna.
Susah juga ya bila semua aktiviti yang dirasakan tidak adil akan ditularkan ke media sosial yang menyebabkan sesuatu isu itu lebih parah. Jadi, sebagai warga Malaysia yang matang, kita perlu berfikir lebih rasional bagi mengelakkan keadaan sama berulang kembali. - CARI
|