Ramai yang terkejut dengan tindakan pengarah dan pelakon Azma Aizal yang lebih dikenali sebagai Isma Yusoof mencacah tatu pada kakinya.
Bagaikan hidup dalam dunia sendiri, Isma tidak kisah dengan segala cemuhan dilemparkan terhadapnya, malah dia menempelak kembali kecaman orang ramai dan mempertahankan tindakannya itu.
Isma juga nampaknya tidak senang dengan harapan dan doa orang ramai yang berharap dia pulang ke pangkal jalan. Sebaliknya, dia meminta orang ramai mendoakan pihak yang disifatkannya sebagai 'kaki hukum'.
Malah, Isma turut menegaskan bahawa hukum mencacah tatu tidak disebut dalam kitab suci al-Quran.
Orang ramai bertambah berang dengan sikapnya itu hingga menyebut beberapa nama pendakwah untuk mentarbiahkan Isma dengan harapan dia menyedari kesilapannya.
Namun, kalis bagai air di daun keladi, Isma tidak mempedulikan semua nasihat yang diberikan netizen. Malah, semakin bangga diri kerana bertindak mengikut nafsu sendiri tanpa terikat dengan batasan agama.
Kredit foto: IG Isma Yusoof
Apapun, semua nasihat dan peringatan sudah diberikan. Semoga terbuka pintu hatinya untuk menerimanya dengan baik. - CARI |