Makanan. Perkataan yang mudah namun manusia amat memerlukannya untuk meneruskan kehidupan dan membuat kerja harian. Sudah tentu makanan yang enak dapat memotivasikan seseorang untuk terus maju ke hadapan.
Namun,adakan anda tertanya-tanya bagaimana rasa setiap makanan di negara lain? Jom ikuti youtuber, Mark Wiens ini dan kisah hidup bersama keluarganya merantau ke seluruh dunia untuk mencuba adat,budaya dan yang paling utama "Makanan".
Mark Wiens merupakan youtube food traveller yang sentiasa merantau ke banyak negara di pelbagai benua hanya untuk merasai makanan dan masakan di negara tersebut. Dia bukan hanya merasai makanan di tempat-tempat yang mewah seperti restoran, malah dia merantau hampir ke setiap pelusuk kampung di setiap negara yang berlainan hanya untuk merasai masakan kampung setiap culture yang berbeza.
Chanelnya di Youtube mempunyai lebih 3 juta subscribers dan nama Mark Wiens memang tidak asing lagi dalam kalangan food blogger. Responnya terhadap setiap makanan berbeza dapat menghiburkan penonton dengan reaksi atau habit yang selalu dilakukannya sebagai "trademark" famous yang mampu membuat anda tersenyum.
Namun, di samping makanan, Mark sering berkongsi pengalaman tempat-tempat menarik untuk melancong ke negara tersebut. Ketibaan Mark Wiens sentiasa disambut oleh peminat atau subscribersnya. Personalitinya yang menarik membuat penonton ingin sentiasa membantunya dan mengalu-alukan kedatangan Mark hingga ke rumah mereka,dan layanan yang mesra daripada follower daripada pelbagai negara.
Hebat kan? - CARI
|