CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1693|Reply: 6

"Perbuatan Ini Amat Tidak Beretika" - PDRM Siasat Polis Merokok Dalam

[Copy link]
Post time 28-1-2019 02:51 PM | Show all posts |Read mode
“Perbuatan ini amat tidak beretika dan kita tahu tidak boleh merokok di tempat sebegitu sekarang ini."



Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata demikian berhubung insiden anggotanya yang dipercayai melanggar larangan merokok di premis makanan.




Kredit foto: FB





Harian Metro melaporkan, polis akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas anggota berkenaan selepas videonya memegang puntung rokok dalam premis makanan tular di laman sosial.

“Jelas anggota itu beruniform dan kerajaan sudah menguatkuasakan larangan merokok di premis makanan. Tanda amaran dan larangan yang dipamer perlu dipatuhi semua pihak terutama mereka yang beruniform," katanya di sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bersama Ketua-ketua JPJKK di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru, hari ini.


Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengenal pasti terlebih dahulu lokasi kejadian berlaku.

“Larangan ini dikuat kuasa di Semenanjung, tetapi Sabah dan Sarawak belum. Jadi, gambar itu kena lihat adakah berlaku di Semenanjung atau bukan. Saya sudah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk kenal pasti anggota dan akan buat tindakan sewajarnya,” katanya.


Difahamkan, sejak semalam tular video anggota polis lengkap beruniform memegang sepuntung rokok di ruang makan premis makanan.







Menerusi video itu, gaya anggota berkenaan menunjukkan dia seolah-olah sedang merokok. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2019 03:20 PM | Show all posts
kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama 6 bulan ni hanya amaran lisan shj.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana kah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 06:29 PM | Show all posts
selambanya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 06:32 PM | Show all posts
tak kisah lar kat mana pon, tp dah ada tanda larangan kan, so kena lah ikut lbh2 yg beruniform
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2019 05:33 AM | Show all posts
fuiyoo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.069823 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list