View: 5939|Reply: 19
|
Menjelajah Kota Manila, Bandar Raya Metropolitan Bersejarah Yang 'Jujur'
[Copy link]
|
|
Tidak semua perjalanan membawa kenangan yang manis. Begitu juga, tidak semua orang akan mengalami perkara yang sama apabila melawat ke sesebuah negara atau bandaraya. Apalagi kota metropolitan yang besar seperti Manila.
Kredit foto: Carian Google
Manila adalah ibu negara Filipina dan dikatakan antara bandaraya yang paling padat di dunia dengan jumlah penduduk melebihi 1.7 juta orang. Dengan gelaran 'Pearl of the Orient', bandaraya ini bagaimanapun kelihatan usang dan kumuh, mungkin kerana telah dilanda pelbagai bencana alam dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Kredit foto: Viggatin Tourism
Ditambah dengan kesesakan jalan, kemiskinan yang merata, berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit serba mewah, kota ini kelihatan sangat kucar-kacir. Dan mungkin inilah keunikan kota metro Manila, ia adalah kota yang jujur. Kota ini tidak cuba berlindung di balik gemerlap kaca untuk menutup kehidupan perit warganya.
Jika anda ingin berkunjung ke Manila. Ini beberapa tempat dan aktiviti yang wajib anda lawati;
1. Berkeliling Intramuros
Sebuah daerah lama seluas 0.67 kilometer persegi, dikelilingi oleh dinding lama dibina ketika era penjajahan Sepanyol. Terletak di tengah-tengah Manila, kawasan ini adalah titik tumpuan utama pelancong ke bandaraya metropolitan ini. Di sekitarnya terdapat muzium, kubu tinggalan lama, gereja dan struktur binaan lama. Jika anda berminat dengan fotografi, kawasan ini mungkin sesuai buat anda. Mirip A Famosa.
Kredit foto: Mapsofworld
2. Bersantai Di Rizal Park
Bersebelahan dengan Intramuros, terdapat kawasan luas yang dinamakan Rizal Park menempatkan tugu pahlawan Filipina, Dr.Jose Rizal. Selain daripada padang golf yang berdekatan, kawasan taman ini menjadi tumpuan warga awam untuk berehat-rehat di waktu petang. Mirip Dataran Merdeka.
Kredit foto: Steemit
3. Melihat Bangunan Lama dan Muzium
Selain banyak gereja tua yang berumur ratusan tahun, Manila juga kaya dengan struktur binaan lain seperti UST Main Building, Manila City Hall, Malacañang Palace, Philippine General Hospital, Manila Central Post Office dan Casa Tesoro. Bangunan tinggalan zaman penjajah ini bukan sahaja masih dalam keadaan baik tetapi juga digunakan sebagai bangunan pentadbiran kerajaan sehingga kini.
Kredit foto: Shutterstock
Kredit foto: Shutterstock
4. Membeli-belah di Mall of Asia
Dinobatkan sebagai kompleks membeli-belah yang ke-11 terbesar di dunia, The Mall of Asia sendiri adalah kompleks membeli-belah keempat terbesar di negara ini. Sebagai pengembara yang tidak minat membeli-belah, penulis berpendapat barangan di sini tidak ada keistimewaannya berbanding di negara kita. Saiznya memang luas tetapi masih terdapat ruang kedai yang kosong.
Kredit foto: Shutterstock
5. Mencuba Menaiki Jeepney
Pengangkutan umum yang paling popular di negara ini, kadangkala juga dipanggil jeeps (dyip). Penulis mendapat pengalaman unik bersesak di dalam jeepney dan disangka orang Filipina. Kenderaannya dihias dengan warna-warni melambangkan budaya dan seni negara tersebut. Hanya perlu lambaikan tangan anda untuk pemandu berhenti. Dengan tambangnya yang murah, tidak hairanlah mod pengangkutan ini menjadi pilihan utama warga Manila selain LRT.
Kredit foto: Carian Google
6. Tawar-Menawar Cenderamata di Chinatown
Jika ingin mencari cenderamata khas Manila dengan harga yang murah, berkunjunglah ke Chinatown atau Binondo. Dimulakan oleh imigran China pada tahun 1594, kawasan ini kini antara yang paling sibuk dari segi ekonominya. Tidak hairanlah, pendatang Sepanyol, Amerika dan jepun juga menghuni komuniti ini.
Kredit foto: Shutterstock
Pengalaman 4 hari meredah kota metropolitan ini memang memenatkan. Mungkin cuaca yang tidak bersahabat atau keadaan kota yang lusuh menyebabkan penulis yang lebih minat pengembaraan luar kota berpendapat, cukuplah melawat kota ini sekali.
Tetapi lain padang, lain belalang, mungkin anda akan menikmati kota ini. Jadi diharapkan aktiviti dan cadangan itinerari di atas akan bermanfaat buat anda. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-1-2019 01:39 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Ada kah yg pernah @ berminat ke Manila? |
|
|
|
|
|
|
|
Belum pernah sampai ke Manila. Kalau ada rezeki lebih insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan deola ramai yg corrupted. Hence negara sukar nak maju.. tp bab beauty pageant ke main meraikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by theoa873 at 29-1-2019 02:53 PM
Negara yang cantik ada rezeki nanti nak berkunjung kat Manila |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-1-2019 03:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
RatuDunia94 replied at 29-1-2019 02:48 PM
Kerajaan deola ramai yg corrupted. Hence negara sukar nak maju.. tp bab beauty pageant ke main merai ...
Tapi Pinoy memang ramai cantik2 even yg jumpa tepi jln |
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan pinoy cantik2.. laki.pun hensem walaupun miskin dok kat slum.... memang cantik3 ler diorang |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-1-2019 06:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
theoa873 replied at 29-1-2019 02:49 PM
Negara yang cantik ada rezeki nanti nak berkunjung kat Manila
Gi Cebu, Palawan, El Nido etc
Manila biasa2 ja |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn semangat tul rakyat dorang bab beauty pageant ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin gak g filipina~~ round2 kt city manila.. cuma mknn halal mesti susah nk cari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nazzse at 29-1-2019 02:33 PM
Travel ke philipina ni seronok sbb satu benda je, rakyat dieorang sangat friendly & baik. Lawa pun ya jgk, kecik molek plak tu, tak puas tengok. Yg lain tak feel sgt caused nak ke attraction point tu jauh2, macet yg amat kalah KL.. iols klu repeat pun sbb rakyat dia, not the place |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 29-1-2019 10:29 PM
Travel ke philipina ni seronok sbb satu benda je, rakyat dieorang sangat friendly & baik. Lawa pun y ...
Yes.. ummah pinoy sanggup buka pintu utk org asing yach. Lgw kalu muka cuols helok.. apatah lg kokesen..
Deols pantang namoak kokesen. Mmg di layan bak raja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sang_Pencinta replied at 29-1-2019 03:22 PM
Tapi Pinoy memang ramai cantik2 even yg jumpa tepi jln
Ha'ah.. kat sana yg mixed2 mmg ramai. Mostly xde bapak pon.. sbb maknya main dgn kokesen.. jd maid rembat la baka kokesen.. balik pinoy lahirkan anak mixed blood. Untung2 jd retis.. |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 29-1-2019 03:18 PM
Yes.. ummah pinoy sanggup buka pintu utk org asing yach. Lgw kalu muka cuols helok.. apatah lg ko ...
Idokler sampai nak berhijrah ke sana uols..
Kokosen je dipandang tinggi, setakat muka asian blood ni bertudung plak di dunno kan ajer.hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-1-2019 05:34 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Patutlah .
Sekolah dekat sana semua papar poster besar brsaran pasal alumni dia menang ratu itu ratu ini
Bangga betul murid dia menang ratu |
|
|
|
|
|
|
|
mcm xberapa menarik je bandar manila ni...tp xpenah pun smpi filipina... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-1-2019 08:40 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
To be honest ini bandar yg paling tak best for me
Nak kata maju spt KL tapi tak maju
Nak kata ancient spt Phnom Penh, Mysnmar etc tak juga ...
|
|
|
|
|
|
|
|
meols prefer ke pulau2 diorang yach. bandar tak berapa nak menarik sgt gitcheww! |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru pulang.
menarik jgk manila ni tp org kat bndar tu 14 bilion kot.
klu nak selamat skit, stay kat makati la.
tp klu nk kemana2 mmg jem yahamat.
klu amik grab pon jenuh nak menunggu. setengah ke sejam menunggu grab tu biasa la. kadang tu dah nak sampai, tetiba dia kensel. nangis nak request grab lain.
klu amik grab mmg kna mesej siap2 kat mna point nak amik tu. sbb impossible mmg takde tmpat menunggu. jem teruk.
aku mmg tahan teksi n tnya brapa price. klu almost sama dgn grab. better amik teksi je terus.
tp average nk kemana2 mmg rm30 satu trip. ko bayang la klu 2 3 kali sehari amik grab mmg pokai laaa..n dari satu tempat ke tmpat lain almost satu jam perjalanan sbb jem.
klu nk naik lrt tu, sampai atas tangga beratur nk bli tiket.
btw taal lake volcano mmg lawa. pinatubo pon lawa tp xsempat gi.
intramuros tu round2 2jam pon dah abis. unless klu setiap benda tu korang nak amik gambar.
conclusion nya, manila ok. menarik, tapi cukup la kot sekali je. pi 2 3 mlm cukup. (i mean manila je ni) tak termasuk yg luar2. sceneries luar manila mmg awesome..
|
|
|
|
|
|
|
|
aci tak nak g manila for the sake nak cr artist2 dia jah? gigih weh! |
|
|
|
|
|
|
| |
|