Dakwaan bahawa negeri-negeri Pantai Timur pengotor terbukti tidak benar apabila sebuah tandas awam di Rantau Abang berjaya memenangi gelaran Tandas Terbaik Asia, baru-baru ini.
Kredit foto: Berita Harian
Tandas awam Rantau Panjang yang terletak di Pusat Pemuliharaan dan Maklumat itu memenangi anugerah 'Asian Public Toilet Standard 2019-2021' sempena Forum Pelancongan Asia di Ha Long City, Vietnam, Jumaat lepas.
Dengan landskap menarik, tandas awam itu adalah satu-satunya tandas di Pantai Timur yang memenuhi kriteria pemenang. Selain Rantau Abang, tandas lain yang turut diumumkan pemenang adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Restoran Foh San di Perak, Masjid Cina Melaka dan Plaza Merdeka di Sarawak.
Memetik Berita Harian, Presiden Majlis Perbandaran Dungun, Lizan Che Mat berkata, anugerah itu adalah pencapaian terbaik penduduk dan kakitangan yang bekerja keras melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengekalkan kebersihan tandas awam di Perbandaran mereka.
Berikut adalah koleksi gambar tandas yang memenangi Anugerah tersebut.
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram
Kredit foto: Instagram
Semoga kemenangan ini menjadi contoh kepada pengurusan dan pengguna tandas awam seluruh negara supaya menjaga kebersihan kemudahan umum. - CARI |