CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11963|Reply: 81

Netizen Mula Berpusu-pusu DM Minta Maaf, Takut Disaman Linda Rafar

[Copy link]
Post time 30-1-2019 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Selepas mengumumkan bakal menyaman 100 netizen yang membuat komen keterlaluan memburukkannya, penyanyi Linda Rafar hari ini mendedahkan menerima lebih 40 Direct Message (DM) di Instagram miliknya.

DM yang dihantar adalah daripada individu yang mahu memohon maaf atas keterlanjuran kata terhadapnya berhubung isu fitnah jururawat baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Linda mengaku menerima bertalu-talu permohonan maaf tersebut.




Kredit foto: Ig Linda





"Buat masa sekarang, peguam saya sedang membuat tapisan untuk pengecualian notis. Seperti yang dimaklumkan semalam, permohonan maaf itu perlu dibuat secara jelas dan terperinci. Bukan hanya hantar menghantar mesej minta maaf saja.

"Saya akui ada yang tak mahu beri kerjasama ketika diminta berbuat sedemikian. Alasan yang diberikan mereka malu orang akan tahu jika mereka memuat naik permohonan maaf itu,"
katanya kepada Harian Metro.

Katanya lagi, ada yang mengaku berasa malu dan juga menyesal dengan perbuatan mereka.


"Ada yang menghantar mesej mereka menyesal kerana tak berfikir sebelum komen selain dipengaruhi rakan. Tahu pun mereka malu. Malu saya dan keluarga nak letak mana? Selepas apa yang mereka lemparkan kepada saya, baru pula mereka nak fikir perkara itu salah.

"Apa pun, saya kena ikut nasihat peguam. Permohonan maaf itu perlu beradab dan jelas serta dibuat secara terbuka. Saya akan memuat naik permohonan maaf yang sudah diluluskan peguam di Instragram," ujarnya.




  



Dalam pada itu, Linda memberi garis panduan kepada netizen yang mahu membuat permohonan maaf secara terbuka itu, menerusi laman Instagramnya.

Moga hal ini menjadi pengajaran kepada semua netizen ya.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnye lah netizen tu semua... Hadoyaiiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Really?

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Propa....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ya meh??.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
siap ada panduan dan aku janji
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2019 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow ... harap sis linda xperlu la nak aibkan orang sampai mcm tu
Nak upload kat Ig bagai video

Aib sis linda yg berkurun lama pun xterkambus lagi
Jangan aib lain pula tersebar

Semoga istiqamoh konsepnya

-baik tak ayat meols .. nasihat penuh tertib gaytieww-
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 07:36 PM | Show all posts


teringat cikgu denda tulis kat papan hitam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mmg mntk org sebarkan balik gmbar aib dia dlu ke mcm mana? Mcm memintak je i tgk
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bitch ni memang busuk hati semoga burung ababil lontar batu atas kepala biar cash.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Meluatnya aq..bleh xacik linda jdi humble sikit..awat mudah sgt trigger ni??blajo maafkn org xbleh ke??drpd sebok nk bgado ngan netizen baikla fikir cmne cara nk kasi pahala kat mak yg baru kembali ke rahmatullah..walaweh
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 07:45 PM | Show all posts
abih kes dia dgn persatuan nurse seantero malaya dah selesai ka camna?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendunia ye dia

Oklah tu ng menang laa
Padanla muka cyber bully
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 suruh org mtk maap je la nk setelkan kes..mana ada duit nk byr lawyer sampai 100 org nk di saman nya..laki biawak pun senyap je..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde hacker nak hack IG die ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous: Dia ni mmg mntk org sebarkan balik gmbar aib dia dlu ke mcm mana? Mcm memintak je i tgk

I nak padankan muka netizen mmg ramai main sembur je kan kt ig artis. Tp yela sheols buat mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 30-1-2019 07:42 PM
Bitch ni memang busuk hati semoga burung ababil lontar batu atas kepala biar cash.

bukan saja burung ababil...aku harap tentera bergajah pun hempap sama lindot nih...kasi cash jah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin riak la lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
{:run{:run{:runThe  power of mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 08:25 PM | Show all posts
padan muka netizen yg 100 orang tu
go go linda make sure diorang buat permohonan maaf terbuka baru tarik saman..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.140067 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list