CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1349|Reply: 5

Serang Polis Dengan Cangkul Kegiatan Jenayah Terbongkar

[Copy link]
Post time 1-2-2019 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Tiga lelaki menyerang anggota polis yang sedang bertugas selepas kegiatan jenayah mereka terbongkar.


Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku di pondok polis Taib Andak, Kulai, kelmarin.


Susulan kejadian, kesemua suspek berusia antara 25 hingga 57 tahun yang juga penduduk kawasan berkenaan ditahan polis.




Gambar Hiasan



"Dalam kejadian, ketiga-tiga suspek termasuk seorang yang bersenjatakan cangkul bertindak memecahkan cermin kereta milik anggota bertugas itu.

"Keadaan itu menyebabkan anggota berkenaan melepaskan tiga das tembakan bagi mempertahankan diri," kata Ketua POlis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow.


Difahamkan, kesemua suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan samun.

"Motif kejadian dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis melaporkan kegiatan jenayah mereka di kawasan itu," jelasnya.


Hasil pemeriksaan juga mendapati kesemua suspek positif methamphetamine.


Selain itu, polis turut merampas barang kes iaitu cangkul untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2019 11:04 AM | Show all posts
campak je la dalam penjara tu

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunjuk samseng sangat akhirnya masuk ke dalam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 07:15 AM | Show all posts


betul keeee???

There's always two sides to every story.

Kot kot samseng refuse to pay protection money terus tuduh samseng nak cederakan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 11:29 AM | Show all posts
felda = dadah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 05:02 PM | Show all posts
tkkn pengedar dadah, idup sengkek sgt, tak mampu beli pistol seludup .
takat cangkul aja

memalukan persatuan pengedar dadah sedunia aja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.069821 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list