CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2051|Reply: 10

Jururawat Tarik Terlalu Kuat, Kepala Bayi Terputus Ketika Dilahirkan

[Copy link]
Post time 1-2-2019 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Seorang jururawat lelaki di sebuah hospital di Rajasthan, India cuba membantu kelahiran sukar seorang wanita mengandung dengan menarik badan dan tangan bayi yang tersekat sehingga kepalanya putus dan tertinggal di dalam rahim.





Kredit foto: Carian Google



Jururawat itu kemudiannya menyembunyikan bahagian badan yang terputus dan menghantar wanita itu ke Ummed Hospital di Jodhpur,dengan melaporkan wanita itu menghadapi masalah ketika melahirkan dan perlu rawatan lebih lanjut.


Bahagian badan fetus itu kemudiannya disimpan di bilik mayat hospital dengan bantuan seorang jururawat lelaki lain.





Kredit foto: Twitter



Doktor di hospital kedua itu dikatakan terkejut apabila mendapati kepala bayi tanpa badan masih berada di rahim ibu malang itu.


Menurut sumber The Hidustan Times, jururawat menarik terlalu kuat ketika cuba membantu proses kelahiran sehingga memutuskan kepala bayi tersebut yang tersekat.





Kredit foto: Carian Google



Media melaporkan suami wanita tersebut tidak diberitahu akan kejadian ngeri tersebut yang berlaku pada 6 Januari lalu. Pasukan perubatan dil Ummed Hospital mulanya menyangka akan mengeluarkan plasenta tetapi terkejut apabila mendapati kepala bayi masih berada di dalam rahim.


Pihak polis kemudiannya memberitahu kejadian sebenar kepada keluarga wanita tersebut, yang masih bertarung nyawa dalam keadaan kritikal di wad rawatan rapi.



Kredit foto: Mirror



Suami wanita tersebut mendakwa jururawat tersebut berada dalam keadaan mabuk ketika bekerja. Bagaimanapun pihak hospital telah menyerahkan bahagian badan bayi yang ditemui di rumah mayat kepada suami wanita tersebut untuk pengkebumian.


Satu laporan polis telah difailkan terhadap dua orang jururawat lelaki tersebut tetapi polis belum membuat sebarang tangkapan sehingga kini.


Semoga wanita malang ini mendapat pembelaan sewajarnya dan jururawat cuai tersebut mendapat hukuman setimpal. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2019 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pernah ada thread pasal kes ni kan a few weeks ago
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta dijauhkan mlaysia dr kejadian pelik2 camni
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Beranak songsang je? Loqlaq la nurse tu
I tarik baby meow pun tak putus kepala
Apa laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Linda rafar tersenyum sinis baca berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 01:09 PM | Show all posts
wth did i  just read?? ya Allahh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2019 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada thread ni sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 01:53 PM | Show all posts
HOIH riso aku.. seb bukan kat mesia..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2019 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Time news ni klua gigih iolls ping my opis mate yg kt yindiaaa. Dia kata case2 cenggitu normal. Kekdg ada je operation tools tertinggal dlm perut
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa: Beranak songsang je? Loqlaq la nurse tuI tarik baby meow pun tak putus kepalaApa laaaa

nasib baik pet i tak tau baca. kalau beliau tahu baca news ni mesti beliau kemurungan
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 05:19 PM | Show all posts
bleh plak putos
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.056718 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list