CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2167|Reply: 14

Tak Rela Dibedah Siasat, Bapa Larikan Mayat Anak Dari Bilik Mayat

[Copy link]
Post time 1-2-2019 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Seorang bapa yang berduka bertindak melarikan mayat anaknya dari bilik mayat.


Memetik Mirror, media tempatan melaporkan anak perempuan Roy Perez, 40, meninggal dunia akibat lemas.








Perez yang kesedihan tidak sanggup melihat mayat anaknya menjalani proses autopsi dan cuba melarikan mayat mangsa dengan bot.


Kejadian memilukan itu dirakam orang awam di luar premis Hospital Apoyos di bandar Iquitos, Peru.


Difahamkan, polis cuba menghalang Perez dengan melepaskan tembakan ke udara, namun lelaki itu berjaya bolos dengan mayat anaknya menaiki sebuah bot kecil.








Mangsa berusia dua tahun itu dikatakan lemas di sungai Itaya di daerah Belen dan dibawa ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia sebelum polis tiba membawa mayat mangsa ke bilik mayat berhampiran untuk dibedah siasat.


Keluarga Perez memberitahu media bahawa lelaki itu tidak rela mayat anaknya dibedah, lalu mengambil tindakan drastik dengan melarikan mayat anaknya dari bilik mayat.


Polis kini giat mencari Perez dalam satu siasatan berterusan, manakala lelaki itu dikatakan telah meminta dokumen rasmi daripada pihak berkuasa untuk membenarkan anaknya dikebumikan. - CARI




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2019 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau waris tak benarkan buat autopsy, pihak berkuasa ada kuasa veto untuk decide otherwise ke? Untuk death due to accidents/natural causes (bukan suspected foul play)
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 1-2-2019 01:47 PM
Kalau waris tak benarkan buat autopsy, pihak berkuasa ada kuasa veto untuk decide otherwise ke? Untu ...

Masa abg iols meninggal accident dulu, proses taknak autopsy lagi lambat dari autopsy...memang waris boleh ckp taknak autopsy tapi kena pergi entah mcm2 tempat mintak kebenaran tak pasti mahkamah atau lawyer gitu la...iols tak ingat sgt sbb masa tu kecik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 1-2-2019 01:58 PM
Masa abg iols meninggal accident dulu, proses taknak autopsy lagi lambat dari autopsy...memang war ...

I see. Thanks for sharing.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 03:04 PM | Show all posts
Edited by puteralilin at 1-2-2019 03:08 PM

mesti la kena buat autopsy, sebab kena kompom betul2 mati lemas ke atau dia dh mati dulu kena bunuh ke, lepas tu kena buang kt sungai
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 03:09 PM | Show all posts
my sedara meninggal dlm tidur, family xnak buat autopsi, so kena cari rekod kesihatan yg boleh link as punca kematian. memg lama. luckily ada rekod kesihatan. meninggal subuh lepas asar bru kebumi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2019 05:09 PM | Show all posts
kesiannya dia x sanggup kot..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2019 05:14 PM | Show all posts
ni msti byk tgk video autopsy kt youtube
https://www.youtube.com/results?search_query=autopsy+video
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2019 06:48 AM | Show all posts

Orang tua tua kalau meninggal kena bedah siasat juga ke?


Nak tambah ilmu pengetahuan senang esok lusa kalau orang tua meninggal tak perlu lah dibedah bedah dah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 08:55 AM | Show all posts
kalau pihak berkuasa tetap nk bedah jugak sb x nk timbul isu keraguan, boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 3-2-2019 06:48 AM
Orang tua tua kalau meninggal kena bedah siasat juga ke?



Tak.....

Klu kt rumah, tak payah bawak gi hosp....report kat polis je...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 02:07 PM | Show all posts
meninggal kt hosp kena autopsi x?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 02:29 PM | Show all posts
rosasen replied at 3-2-2019 02:07 PM
meninggal kt hosp kena autopsi x?

kalau baru masuk tak sampai lima minit dah padam memang kena lah.

tapi kalau dah ada rekod in and out of hospital doktor pun dah tau sebab kematian tak perlu autopsi.


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 04:30 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 3-2-2019 02:29 PM
kalau baru masuk tak sampai lima minit dah padam memang kena lah.

tapi kalau dah ada rekod in a ...

i see..thanks for the explanation
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2019 11:31 PM | Show all posts
seboleh boleh nya autopsi, bukan sebab apa. takut nanti claim insurans ada masalah. in case bila nak buat tuntutan claim yg mana si mati mmg ada ambil large amount of insurance.  takut nanti rumit utk claim insurans.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.085309 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list