Sekarang ke mana-mana anda pergi, pasti akan mendengar slogan 'malu apa bossku' terutama di kalangan anak-anak muda. Mantan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak juga telah menggunakan frasa itu dalam penulisannya.
Kredit foto: Utusan
Terkini, beliau meminjam slogan itu dalam poster yang menunjukkan beliau sedang menunggang motosikal dan tular di media masa. Tidak cukup dengan itu, beliau juga kerap kali mengulangi slogan yang sama dalam penulisannya.
Kredit foto: Twitter
Mungkin ada yang tertanya-tanya, 'Siapakah sebenarnya yang memulakan slogan ini?'
Kredit foto: OrangSabah.com
Ada yang mengatakan slogan yang tidak diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini (kerana slanga tidak rasmi) mula dipopularkan oleh anak-anak muda terutamanya golongan yang menaiki motosikal. Trend itu kemudian menjadi ikutan di media sosial.
Kredit foto: Facebook
Bagaimanapun, jika disemak di Twitter mengenai susur galurnya, slogan atau frasa ini dikatakan bermula di negeri Sabah terutamanya di Daerah Tawau. Menurut laman OrangSabah.com, panggilan 'boss' digunakan di negeri itu merujuk kepada semua golongan lelaki, manakala 'mandak' atau 'sumandak' pula digunakan untuk mewakili golongan perempuan.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Uniknya, panggilan ini tidak merujuk kepada status atau kelas seseorang tetapi lebih kepada sapaan mesra. Lama kelamaan perkataan ini berkembang menjadi panggilan yang digunakan dalam perniagaan atau aktiviti berjual beli sehari-hari.
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google
Menurut Facebook Borneo ianya adalah tanda hormat ketika berkomunikasi kerana dianggap lebih mesra berbanding 'kamu', 'aku' atau 'kau'. Lebih penting lagi, panggilan 'bossku' sesuai digunakan bila kita berbual dengan seseorang yang tidak diketahui nama atau pangkatnya sebagai tanda persahabatan dan keakraban.
Kredit foto: Twitter
Kini dalam era digital, fungsi frasa ini sekali lagi berubah sebagai slogan yang digunakan oleh netizen dan ahli politik untuk berlawak, menguatkan hujah, pernyataan sarkastik ataupun kata-kata menyindir.
Inilah sedutan kisah slogan yang dahulunya melambangkan persahabatan dan keakraban ini. - CARI |