CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2918|Reply: 11

Program Anti 'Geng Kunyit' Di Sekolah Cetus Kontroversi

[Copy link]
Post time 14-2-2019 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Sekeping gambar yang tular di Twitter baru-baru ini, mencetuskan kontroversi kerana sebuah majalah sekolah dikatakan menggunakan perkataan 'geng kunyit' bagi merujuk kepada golongan pelajar lelaki lembut.





Kredit foto: Twitter





Gambar itu dikatakan merujuk kepada sebuah program yang dijalankan di sebuah sekolah di Kota Kinabalu dua tahun lepas, tetapi hanya tersebar minggu ini.


Program itu sebenarnya bertujuan untuk memberi kesedaran gender kepada golongan pelajar lembut.





Kredit foto: Twitter





Bagaimanapun, kontroversi tercetus apabila ramai netizen berpendapat penggunaan perkataan 'kunyit' dalam majalah tersebut berbau kejian kepada golongan sasaran mereka.


Perkataan 'kunyit' sering digunakan dalam bahasa informal untuk mencaci golongan homoseksual.





Kredit foto: Urban Dictionary





Seorang netizen berkata, program yang sepatutnya berfaedah itu kerana dapat meningkatkan keyakinan pelajar lembut  tersasar dari objektif kerana perkataan 'kunyit' mendedahkan mereka kepada lebih banyak ancaman buli.





Kredit foto: Twitter






Seorang lagi netizen turut mengingatkan pihak sekolah bahawa golongan lembut tidak semestinya 'kunyit'.

"ihak pentadbir sekolah perlu tahu bahawa tidak semua golongan lembut itu gay," katanya.





Kredit foto: Twitter





Kredit foto: Twitter





Sebaliknya, seorang lagi berkata, pihak sekolah perlu fokus kepada peningkatan pencapaian akademik dan bukannya program yang boleh meningkatkan kes buli.





Kredit foto: Twitter





Susulan kontroversi ini, sebuah portal berita FMT dikatakan telah menghubungi Jennifer Lasimbang, Timbalan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, tetapi belum mendapat maklum balas.




Penulis berpendapat, program  berfaedah seperti ini tidak perlu dicemari dengan menggunakan perkataan yang boleh mengakibatkan lebih banyak masalah. Apa kata anda? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 10:07 AM | Show all posts
astaga.. cikgu pun ramai jaa memondan / mengunyit.. apa benda dalam kepala hotak penganjur program  ni? kalau nak betulkan student, pergi betulkan cikgu-cikgu yang gigih memondan kat sekolah-sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 11:13 AM | Show all posts
Tak boleh label kunyit kalau budak-budak tu masih teruna.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu program2 yang menyemak mcm ni kat skolah...jadikan skolah mcm pusat tuisyen jer...focus untuk belajar....jgn kacau mindset budak2 boleh tak. Skolah skrg mcm lahanat jer...byk sgt gangguan utk budak2 nak focus belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 11:50 AM | Show all posts
Sebab tu gunakan Bahasa Malaysia yang betul bukannya guna bahasa pasar di sekolah tempat ramai murid2 menimba ilmu.  Supaya murid2 pun akan belajar menggunakan perkataan yang betul untuk merujuk kepada sesuatu isu.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2019 03:24 PM | Show all posts
Themilo replied at 14-2-2019 10:07 AM
astaga.. cikgu pun ramai jaa memondan / mengunyit.. apa benda dalam kepala hotak penganjur program   ...

Mana thread cikgu lelaki yg bangga punggung besar tu???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2019 03:39 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 14-2-2019 07:24 AM
Mana thread cikgu lelaki yg bangga punggung besar tu???

khuenzz.. menongkah gravity vontot cikgu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 07:26 PM | Show all posts
haiyooo. budak2 time sekolah lembut-lembut selembut sutera ni tak semestinya gay
kawan aku time sekolah lembut
sekali habis je sekolah, dapat kerja. tiba2 terus kawen. ada awek senyap2 rupanya
last jumpa anak 3. sekarang entah dah 5 kot.
paling cepat dapat anak, and paling ramai antara batch kitorang, hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 07:27 PM | Show all posts
yang keras kematu, atlet sekolah, playboy tu pulak rupanya yang kunyit
susah nak detect golongan diorang ni. pandai sorok
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2019 03:14 PM | Show all posts
ade jer kawan yg lembut tapi x gay... selamat dah beranak pinak bahagia jer...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2019 01:44 AM | Show all posts
ni kalau si minah ellen tu tau, habis dia suruh boikot sekolah tu seantero dunia yach
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal guna bahasa pasar kat sekolah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.417864 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list