Jarang sekali kita melihat kelibat pelakon cantik, Faezah Elai menghiasi kaca televisyen semenjak dia mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni dan menumpukan perhatian kepada keluarganya.
Walaupun kadang-kala timbul cerita kurang enak mengenainya, Faezah mengambil keputusan untuk tidak membalas dan melayan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Namun, mungkin kerana sudah hilang sabar, beberapa jam yang lepas pelakon yang juga model ini meluahkan perasaan sakit hatinya apabila menerima mesej yang berbaur tuduhan dan fitnah.
Foto : Instagram Faezah Elai
Terima mesej di Instagram..
Foto : Instagram Faezah Elai
Walaupun Faezah tidak menyatakan butir mesej yang diterima olehnya, namun menerusi kapsyen yang ditulisnya boleh dirungkai bahawa individu tersebut mempertikaikan kasih sayang pelakon tersebut terhadap anak-anak tirinya.
Mak kandung hanya ambil anak-anak tiri masa hujung minggu..
Foto : Instagram Faezah Elai
Tambah Faezah, dia bukanlah jenis yang suka menayang setiap benda yang dilakukan olehnya di laman sosial. Apatah lagi banyak hati yang perlu dijaga.
Foto : Instagram Faezah Elai
Korbankan kerjaya seni untuk anak-anak...
Foto : Instagram Faezah Elai
Dalam pada itu rata-rata ramai yang memberi sokongan kepada Faezah Elai dan memuji sikapnya yang jarang mengambil kisah tentang gosip-gosip liar.
Terbaik, ini la cara nak bagi orang faham..
Foto : Instagram Faezah Elai
Ada juga yang turut berkongsi rasa yang sama seperti yang dilalui oleh Faezah..
Foto : Instagram Faezah Elai
Ada sahaja yang tidak kena kan. Kalau ditunjuk kebahagiaan di laman sosial dikatakan riak, kalau tak tunjuk nanti macam-macam pulak tuduhan yang keluar. Bersabahlah Faezah ye. Biasalah mulut manusia! -CARI |