Seorang wanita dan anak perempuannya yang kurang upaya mental menjadi hamba selama tiga minggu oleh jiran mereka.
Kate Dagley, 46, dan Karen Jenkins, 27, masing-masing mempunyai masalah pembelajaran dikurung oleh warga emas yang berkerusi roda.
Sadisnya mereka berdua ditemui dalam keadaan kurus kering dan lebam kerana dijadikan hamba oleh Jean Kelly, 54, di Coventry.
Kate dan Karen, Foto: Daily Mail
Daily Mail melaporkan, pada mulanya mereka menawarkan bantuan untuk Kelly kerana bersimpati dengan dirinya yang berkerusi roda.
Malangnya mereka dikurung, dipukul serta tidak diberi makan.
Mereka cuma dibayar dengan sebatang rokok dan diberi sisa makanan untuk kerja-kerja rumah yang dilakukannya.
Mangsa juga dipukul menggunakan kayu besbol yang dinamakan Bob oleh Kelly.
Jane (berkerusi roda) yang menyeksa mangsa, Foto: Daily Mail
Dua beranak itu dipisahkan dan dikurung di dua rumah berbeza sepanjang tiga minggu.
Namun akhirnya berjaya diselamtkan selepas jiran lain terdengar Kate menangis meminta tolong.
Mangsa mengalami keretakan tulang dan lebam di seluruh badan.
Malah doktor bimbang mereka sudah tidak berupaya makan kerana terlalu kebuluran.
Sebagai hukuman, Kelly dan suaminya, serta teman lelaki anaknya, an Healy, 29, dipenjara 14 tahun kerana bersubahat mengurung mangsa, mencederakan dua beranak itu serta memaksa mereka melakukan kerja berat.
Hakim Anthony Potter berkata, penderaan mangsa terlalu kejam.
“Mengejutkan apabila ada orang yang sanggup berbuat begini di Great Britain pada zaman ini." -CARI |